32.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

KKR terima 3,403 laporan berkaitan jalan melalui MYJalan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Kerja Raya (KKR) telah menerima sebanyak 3,403 aduan berkaitan masalah jalan raya termasuk jalan berlubang, kerosakan papan tanda serta perabot jalan dan sebagainya, melalui aplikasi MYJalan sejak 1 Ogos hingga 23 Oktober lalu.

Menteri, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, semua aduan ini membabitkan jalan di bawah seliaan KKR melalui Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM), selain jalan negeri dan jalan pihak berkuasa tempatan (PBT) masing-masing di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri serta PBT yang terlibat.

Katanya, daripada jumlah keseluruhan aduan itu, hanya 26.8 peratus atau 912 aduan membabitkan jalan kendalian agensi KKR, manakala selebihnya iaitu 73.2 peratus (2,491 aduan) adalah jalan negeri dan jalan PBT.

“Di bawah dasar ‘No Wrong Door Policy’ yang diterapkan dalam aplikasi MYJalan, KKR tetap menerima semua aduan termasuk jalan negeri dan PBT, seterusnya memajukan laporan terbabit kepada pihak yang bertanggungjawab.

“Langkah ini bertujuan memastikan setiap kerosakan atau isu berkaitan jalan yang dilaporkan oleh pengguna sampai kepada pihak yang bertanggungjawab, dan tindakan sewajarnya boleh diambil dengan kadar segera,”katanya menerusi hantaran di Facebook beliau hari ini.

Aduan mengikut kategori melalui Aplikasi MYJalan.

Alexander berkata, bagi 912 aduan membabitkan jalan seliaan agensi KKR, seperti jalan berlubang dengan pecahan membabitkan 30 peratus atau 275 aduan; 20 peratus (187 aduan) (lampu jalan); 19 peratus (174 aduan) (jalan rosak); 11 peratus (98 aduan) (lampu isyarat); tujuh peratus (64 aduan) (garisan jalan) dan lima peratus (49 aduan) (halangan).

“Sementara itu aduan membabitkan papan tanda sebanyak tiga peratus dengan 23 aduan; dua peratus (21 aduan) (kemudahan awam); dua peratus (16 aduan) (perabot jalan); dan satu peratus (lima aduan) (tanah runtuh).

“Daripada jumlah itu, sebanyak 676 aduan telah diselesaikan oleh agensi KKR dalam tempoh satu hingga 30 hari, manakala 236 aduan sedang dalam proses tindakan,”katanya.

Advertisements

Menurut beliau, daripada statistik yang diperoleh melalui aplikasi MYJalan ini, adalah jelas sebahagian besar aduan adalah membabitkan jalan yang bukan di bawah kendalian KKR iaitu jalan seliaan Kerajaan Negeri dan PBT.

Justeru, katanya, selari konsep Malaysia Madani di bawah Kerajan Perpaduan, KKR akan terus meningkatkan kerjasama dengan pihak-pihak berkaitan untuk memastikan aduan melalui aplikasi MYJalan yang disalurkan kepada mereka dapat diambil tindakan dengan sewajarnya.

“KKR akan sentiasa mengenal pasti penambahbaikan yang boleh dilaksanakan dari semasa ke semasa.

“Di samping itu, saya juga akan mengadakan perbincangan bersama kementerian lain yang terlibat bagi bekerjasama dalam menangani isu ini, selari prinsip ‘whole of Government approach’.

“Saya percaya, isu-isu berkaitan jalan raya boleh dikendalikan dengan lebih baik dan pantas dengan kerjasama baik dan rapat antara semua pemegang taruh terutama KKR, Kerajaan Negeri, PBT dan pengguna jalan raya sendiri.

“Sehubungan itu, saya berharap lebih ramai pengguna dapat memuat turun aplikasi MYJalan di Google Play Store, Apple App Store atau Huawei AppGallery,”katanya.

Aplikasi MYJalan adalah satu inisiatif bagi memudahkan pengguna jalan raya membuat aduan berkaitan kerosakan jalan sekali gus meningkatkan tahap keselamatan serta keselesaan pengguna jalan raya.

Ia diperkenalkan KKR pada 1 Ogos 2023 sebelum dilancarkan secara rasmi oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Bin Ibrahim pada 24 Ogos 2023. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

PRK Kuala Kubu Baharu saksikan pertembungan empat penjuru

PILIHAN Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu menyaksikan pertandingan empat penjuru antara Khairul Azhari Saut...

Lagi Artikel Berkaitan