29.8 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

MB Johor seru rakyat terus nyatakan solidariti

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

MENTERI Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi menyeru agar penduduk di negeri itu terus bangkit dan menyatakan solidariti mereka kepada rakyat Palestin.

Beliau berkata, teruskan bersuara dan mendesak pemimpin-pemimpin seluruh dunia untuk menoktahkan penderitaan ini.

“Rakyat perlu sama-sama berdoa kepada Allah SWT agar segala kekejaman dan penindasan berkenaan dihentikan segera,”katanya menerusi hantaran di Facebook semalam.

Onn Hafiz berkata, genjatan senjata perlu dilakukan segera dan keperluan makanan dan perubatan harus dihantar bagi menyelamatkan mereka.

Advertisements

“Ayuh, seluruh Bangsa Johor! Bangkit dan terus menyatakan solidariti kita kepada rakyat Palestin,”katanya.

Beliau berkata, hancur hatinya apabila mendengar luahan perkongsian pelajar Palestin yang menuntut di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dalam satu pertemuan dengan mereka baru-baru ini.

“Pelajar-pelajar ini menyatakan kebimbangan akan nasib keluarga mereka di sana, namun mereka semua teguh dan yakin bahawa Palestin pasti akan keluar daripada kemelut peperangan, penindasan dan pencerobohan yang sudah sekian lama menjerut rakyat mereka,” katanya.

Pertempuran terkini di Palestin yang melibatkan Hamas, pihak berkuasa di Gaza, dan rejim Israel sejak 7 Oktober telah mengakibatkan kehilangan ribuan nyawa. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sultan Selangor ingatkan jemaah haji kekalkan disiplin diri

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan bakal-bakal haji dari negeri itu agar mengekalkan disiplin diri semasa berada di...

Lagi Artikel Berkaitan