25.9 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

Liga Super: Kelantan akhiri kemarau kemenangan 

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

SELEPAS mengharungi 15 perlawanan tanpa sebarang kemenangan, Kelantan FC mengutip tiga mata penuh selepas menewaskan Negeri Sembilan FC 2-0 di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bahru, malam tadi.

The Red Warriors membuka jaringan seawal minit kedua selepas sepakan percuma Leonardo Rolon gagal diselamatkan Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman.

Itu merupakan gol ketiga pemain import berasal dari Argentina itu bersama Kelantan musim ini.

Rolon membuktikan ketajaman penyudah yang dimilikinya apabila meledak gol kedua tuan rumah pada minit ke-30 menerusi.

Advertisements

Pemain berusia 28 tahun itu melepaskan satu rembatan jarak jauh cantik yang menerjah ke penjuru gawang Negeri Sembilan jauh daripada jangkauan Sikh Izhan.

Walaupun dibarisi rata-rata pemain bawah 23 tahun, Kelantan yang dibimbing Angel Alfredo Vera berjaya mempertahankan kelebihan yang dimiliki sekali gus mencipta kemenangan kedua mereka di Liga Super musim ini.

Kemenangan melonjakkan kedudukan Kelantan ke tangga ke-13 selepas hanya mengutip lapan mata, hasil dua kemenangan dan dua seri dalam 19 perlawanan.

Namun, Kuching City FC yang berada di dasar liga boleh memintas kedudukan Kelantan kerana mereka beraksi kurang satu perlawanan. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sultan Selangor ingatkan jemaah haji kekalkan disiplin diri

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan bakal-bakal haji dari negeri itu agar mengekalkan disiplin diri semasa berada di...

Lagi Artikel Berkaitan