26.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 4, 2024

Empat cedera kemalangan dengan kereta kebal ATM

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

SEORANG wanita dan tiga kanak-kanak lelaki cedera selepas kenderaan dinaiki terbabit kemalangan dengan sebuah kereta kebal milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) semalam.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Punggai, Deddy Borhan Umaali berkata, kemalangan tersebut berlaku di jalan menghala Taman Damai sebelum Punggai, di Kota Tinggi semalam.

Menurut beliau, seramai 15 anggota termasuk dari BBP Sungai Rengit dikejarkan ke lokasi kejadian selepas panggilan kecemasan diterima pada pukul 8.28 malam.

Keadaan kereta kebal selepas bertembung dengan sebuah MPV dalam kemalangan di Kota Tinggi, semalam. – Edisi9/JBPM

Katanya, wanita yang berusia 54 tahun bersama tiga kanak-kanak lelaki berusia tujuh, lima dan empat tahun menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Honda Odyssey.

Advertisements

“Kereta kebal milik ATM yang dalam perjalanan balik ke kem Teluk Sepang dipercayai telah berlanggar dengan kenderaan MPV itu.

“Bagaimanapun, wanita dan tiga kanak-kanak terbabit tidak tersepit di dalam kenderaan mereka,” katanya menerusi kenyataan malam tadi.

Mengulas lanjut, beliau berkata, pihaknya bertindak memberikan rawatan awal kepada kesemua mangsa yang mengalami kecederaan sebelum dihantar ke Hospital Kota Tinggi.

Jelas beliau, dua anggota yang berada di dalam kereta kebal itu selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Advertisements

Terkini

UMNO sambut baik pengumuman PM naikkan gaji 15 peratus

UMNO menyambut baik dan menyokong penuh pengumuman Perdana Menteri untuk menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus mulai 1...

Lagi Artikel Berkaitan