29.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 11, 2024

Malbatt : Misi Bakara temui penonton 24 Ogos ini

Mesti Baca

MENGAMBIL inspirasi daripada kisah benar, ‘MALBATT: Misi Bakara’ kini bersedia menggegarkan pawagam di seluruh negara dan akan menemui penonton pada 24 Ogos ini.

Dengan bajet agak mahal iaitu RM20 juta, filem ini diarahkan oleh Adrian Teh dan kos itu diperuntukkan bagi menampung kos membina kelengkapan ketenteraan.

“Kami terpaksa menempah pakaian seragam yang digunakan anggota batalion yang menelan belanja ratusan ribu ringgit.

“Kami juga perlu membina semula set dan kelengkapan ketenteraan.

“Kos ini meningkat disebabkan kami menggunakan khidmat pelakon berpengalaman dan menjalani penggambaran di luar negara iaitu di selatan Turkiye,” katanya.

Katanya lagi, kos setinggi itu memberi tekanan kepadanya ini kerana penerbit dan pelabur filem itu, tokoh korporat Tan Sri Vincent Tan meletakkan harapan yang tinggi terhadap filem berkenaan.

Advertisements

“Walaupun hanya bergurau berharap filem ini mendapat keuntungan, ia memberi sedikit tekanan kepada saya.

“Saya tidak berani menjanjikan apa-apa namun berharap penonton menyokong filem ini,” katanya.

Membawakan genre aksi dan patriotik, filem MALBATT: Misi Bakara arahan Adrian Teh ini adalah berdasarkan kisah benar tahun 1993 dan menyelami keberanian anggota 19 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Mekanis dari Batalion Malaysia (MALBATT) yang menyelamatkan askar-askar Amerika yang terperangkap di Pasar Bakara, Mogadishu, Somalia dalam kejadian Black Hawk Down.

Dijayakan oleh pelakon-pelakon hebat seperti Bront Palarae, Shaheizy Sam, Hairul Azreen, Zahiril Adzim,Iedil Dzuhrie, Adlin Aman Ramlie, Fauzi Nawawi dan Tony Eusoff.

MALBATT: Misi Bakara dipersembahkan oleh Tentera Darat Malaysia bersama enam syarikat penerbitan gergasi iaitu Berjaya Pictures, Act 2 Pictures, Fast Bikes, Aurum Investments Limited, Golden Screen Cinemas dan Astro Shaw.

Ini adalah filem Malaysia pertama yang ditayangkan di layar IMAX dan juga tersedia dalam format 4DX dan Dolby Atmos. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Malaysia alu-alukan resolusi PBB berhubung Palestin – Anwar

MALAYSIA mengalu-alukan Resolusi Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang menggesa agar Majlis Keselamatan PBB menimbang semula permohonan Palestin...

Lagi Artikel Berkaitan