32.5 C
Kuala Lumpur
Monday, May 6, 2024

PSG ketepi Mbappe daripada jelajah pramusim ke Jepun

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PENYERANG sensasi, Kylian Mbappe diketepikan daripada senarai pemain Paris Saint-Germain (PSG) ke jelajah pramusim di Jepun.

Tindakan tersebut sekali gus memberi gambaran bahawa penyerang kebangsaan Perancis itu akan dijual susulan keengganannya menyambung kontrak baharu di Parc des Princes.

Menurut laporan The Athletic, pemenang Piala Dunia bersama Perancis itu kini diletakkan dalam senarai untuk dijual.

Lapor akhbar itu, juara Ligue 1 itu bersedia mendengar tawaran daripada mana-mana kelab dan bertekad meletakkan Mbappe di bangku simpanan sepanjang musim jika pemain itu tidak mahu meninggalkan kelab.

Kelab berpangkalan di Paris itu turut dilapor sedia mempertimbangkan tawaran kurang daripada RM937 juta seperti yang dibayar kepada AS Monaco ketika menandatangani penyerang tersebut.

Advertisements

Pemain berusia 24 tahun ini sebelum ini mencetus kontroversi apabila mengumumkan tidak akan menyambung kontraknya yang berbaki setahun dan akan meninggalkan kelab pada akhir musim ini.

Keputusan tersebut memberi kelebihan kepada Mbappe tetapi bukan majikannya kerana pemain itu akan meninggalkan kelab secara percuma andai dibiarkan kekal di Paris musim ini.

Sementara itu, akhbar Perancis, L’Equipe mendakwa PSG yakin Mbappe sebenarnya telah mencapai persetujuan untuk menyertai Real Madrid musim depan.

Wartawan sukan Itali, Fabrizio Romano pula berkata, PSG mahu menjual Mbappe segera kerana merasa dikhianati dan tidak mahu ‘lumpuh’ disebabkannya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Akibat tindakan bodoh, Harimau Malaya hilang pemain tonggak

AKIBAT tindakan bodoh oleh individu tertentu, skuad kebangsaan kehilangan pemain tonggak bagi mengharungi Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027,...

Lagi Artikel Berkaitan