26.6 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 19, 2024

‘Barkoba’ dinobat Bintang Paling Popular 

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

SORAKAN ‘Yak yak yea’ bergema di Istana Budaya selepas Bell Ngasri diumumkan sebagai Bintang Paling Popular di Anugerah Bintang Popular ke-35 (ABPBH35) malam tadi.

Penantian 37 tahun menunggu tanpa sebarang anugerah berakhir selepas watak Barkoba yang dibawa Bell atau nama sebenar Ngasrizal Ngasri membawa tuah buat dirinya.

“Sebenarnya hadiah ini untuk mama saya. Dia yang nak sangat saya menang. Dia yang suruh saya jadi pelakon. 

“Sejak saya usia enam tahun, mama bawa saya dan adik-adik naik bas mini dan bagi susu dalam bas.

“Saya juga tak lupa kekuatan watak Barkoba. Kita beri tepukan tangan kepada pencipta watak Barkoba iaitu arwah Mamat Khalid,” katanya.

Advertisements

Terdahulu, Bell meraih trofi Artis Komedi Popular selepas menewaskan saingan daripada Zizan Razak, Johan, Jaa Suzuran dan Syahmi Sazli untuk trofi pertama dan kariernya.

Barkoba merupakan watak seorang lelaki yang malas berpuasa dengan membawa plastik hitam dalam telefilem ’16 Puasa’, ’17 Puasa’ dan ’18 Puasa’ di Kampung Pisang membuatkan pelakon dan pelawak itu menjadi bualan peminat.

“Kalau kalian semua nak tahu, saya adalah orang yang pernah cakap yang saya tak perlukan populariti. 

“Selama 37 tahun dalam bidang seni, saya tak bergantung pada trofi ini, tetapi saya masih ada lagi dalam industri ini,” katanya. –  Edisi 9

Advertisements

Terkini

Guru bersahsiah mulia asas pendidikan berkualiti

Oleh DZULFAIDHI HAKIMIE DZULRAIDI GURU sebagai agen utama sistem pendidikan memegang peranan yang penting dalam membentuk generasi akan datang. Namun, menjadi...

Lagi Artikel Berkaitan