30.3 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 18, 2024

Bell terima kereta Mini Cooper Clubman S

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

TUAH ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu!!!

Begitulah perumpamaan yang diberikan ke atas pemenang Bintang Paling Popular Anugerah Bintang Popular ke-35 (ABPBH35), Bell Ngasri yang menerima hadiah kereta jenama Mini Cooper Clubman S bernilai RM200,000 tajaan syarikat kenderaan DTC Motors hari ini.

Kereta tersebut diserahkan kepada Bell atau nama sebenarnya Ngasrizal Ngasri, 43, oleh penyampai Hot FM iaitu Khairy Jamaluddin dengan disaksikan Ketua Pegawai Eksekutif DTC Motors Sdn Bhd, Afendy Wahid.

Keterujaan terserlah nampak di wajah Bell yang berkongsikan detik penerimaan hadiah tersebut bersama keluarga tersayang.

Bell yang cukup sinonim dengan watak Barkoba itu mengakui tidak pernah menyangka mendapat hadiah berupa sebuah kereta mewah.

Advertisements

“Saya tidak tahu nak cakap apa kerana tidak pernah mendapat hadiah semewah ini.

“Apa pun jenis kereta yang diberikan saya tidak kisah dan terima dengan hati terbuka kerana ia tetap penghargaan buat saya.

“Kalau diberikan kereta Kancil pun saya sudah rasa seronok, tetapi hari ini mereka bagi saya kereta ini (Mini Cooper).

“Saya sangat suka kereta ini kerana ia menepati cita rasa dan merupakan kereta idaman saya dan isteri. Syukur alhamdulillah,”ujar beliau.

Baru-baru ini Hot FM menerusi melalui segmen Bekpes Hot dikendalikan penyampai stesen radio Hot FM iaitu KJ, wakil DTC Motors menyatakan hasrat mereka menghadiahkan Bell sebuah kenderaan sebagai sumbangan peribadi atas kejayaannya bergelar Bintang Paling Popular. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

70,000 penduduk luar bandar nikmati elektrik biogas Felcra

KIRA-KIRA 70,000 penduduk luar bandar atau 14,000 rumah bakal menikmati bekalan elektrik yang stabil dan mencukupi menerusi janakuasa yang...

Lagi Artikel Berkaitan