25.1 C
Kuala Lumpur
Sunday, September 8, 2024

Ada tugas di Pedu yang belum selesai – Mahdzir

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PENGERUSI Barisan Nasional (BN) Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid bertekad menyambung semula tugasan yang tergendala di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pedu setelah tiada lagi wakil rakyat parti itu di Parlimen tersebut sejak Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Calon BN DUN Pedu itu berkata, rata-rata penduduk ditemui dahagakan perkhidmatan daripada seorang wakil rakyat terutamanya berkaitan sentuhan yang mampu membantu mereka dalam pelbagai urusan kehidupan.

Katanya, perkhidmatan dimahukan merangkumi pelbagai bidang merangkumi pendidikan serta pembangunan infrastruktur di kawasan tersebut.

“Sebagai wakil rakyat kena carilah mana-mana agensi atau tempat yang memiliki saluran membantu rakyat. Sebagai contoh apabila mereka perlukan bantuan ketika anak-anak mula bersekolah atau mahu masuk ke universiti, ke mana mereka ini boleh dapatkan bantuan?

“Begitu juga anak-anak yatim contohnya, kalau mereka memiliki keputusan baik, bagaimana caranya untuk membuka laluan bagi membolehkan mereka menyambung pelajaran?

“Kesinambungan itulah yang hilang selama ini. Jadi saya menyeru penduduk di Pedu supaya memberi saya peluang untuk menyambung semula titik-titik yang hilang itu untuk rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas bersarapan pagi bersama penduduk Kampung Kubang Kenyeng dekat Pedu di Padang Terap, hari ini.

Advertisements

Pada PRU-14, Mahdzir memenangi kerusi Parlimen di Padang Terap walaupun dua Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Pedu dan Kuala Nerang terlepas ke tangan Pas.

Keberadaan wakil rakyat BN dalam kawasan itu bagaimanapun hilang dalam PRU-15 apabila beliau turut tewas kepada calon Perikatan Nasional (PN) dari Pas, Nurul Amin Hamid dengan majoriti 10,959 undi.

Mengulas lanjut Mahdzir berkata, ketika ini kalangan penduduk mula menyedari betapa mereka tidak boleh menolak BN begitu saja setelah melihat perbezaan khidmat yang diberikan kedua-dua pihak.

“Dalam PRU-15, yang datang pada waktu itu bukan angin biasa-biasa sebaliknya ribut taufan yang menyebelahi PN. Penilaian mengundi sudah tidak bergantung kepada khidmat tetapi lebih kepada sentimen agar terus menolak BN walau siapa pun calonnya.

“Disebabkan itu saya sering ingatkan agar rakyat mengundi kerana perkhidmatan dan bukan kerana gelombang.

“Fikir semula apa manfaat yang mereka terima jika sekadar menderu mengikut gelombang, tanpa menilai perkara-perkara lain termasuk khidmat bakal diberikan wakil rakyat,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

PRK Mahkota: BN sekali lagi pertaruh calon Pemuda 

BARISAN Nasional (BN) sekali lagi menpertaruhkan wakil Pemuda UMNO sebagai calon dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri...

Lagi Artikel Berkaitan