30.7 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Tengku Zafrul tidak tersenarai calon BN Selangor

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

NAMA Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz yang sebelum ini disebut-sebut sebagai calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Ogos ini tidak disenaraikan.

Perkara itu diumumkan oleh Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki pada Majlis Pengumuman Calon BN PRN ke-15 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur malam tadi.

Bagaimanapun, Tengku Zafrul berkata, biarpun tidak tersenarai beliau tetap akan turun membantu calon-calon BN yang bertanding di negeri itu.

Beliau yang juga Menteri Pelaburan, Perdagangan, dan Industri berkata, keputusan tersebut membawa mesej jelas bahawa beliau bukan sebahagian daripada strategi terbaik parti.

“Saya serahkan sebarang keputusan kepada kebijaksanaan pucuk pimpinan parti kita untuk menentukan apa strategi yang terbaik.

“Apabila diputuskan saya tidak bertanding maksudnya jelas pada hemat pucuk pimpinan buat masa ini peranan saya bukan sebahagian daripada strategi tersebut,” katanya seperti dipetik daripada Astro Awani.

BN Selangor akan bertanding di 12 kerusi DUN membabitkan Gombak Setia, Sungai Air Tawar, Sungai Panjang, Batang Kali, Sungai Burung, Jeram, Kuang, Dusun Tua, Semenyih, Selat Klang, Sijangkang dan Dengkil.

Advertisements

Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, nama Tengku Zafrul tidak disenaraikan Badan Perhubungan UMNO Selangor kepada pucuk pimpinan parti.

Ini kerana kata beliau, senarai nama-nama calon akan dipilih terlebih dahulu di peringkat badan perhubungan negeri sebelum disaring bagi memilih individu yang sesuai.

“Jadi terpulang kepada badan perhubungan (negeri) masing-masing untuk menamakan, tetapi di sini menyaring dan mana yang sesuai.

“Kita bincang semula dengan badan perhubungan (negeri) dan secara persetujuan bersama kita akan memilih calon terbaik wakili parti,” katanya.

Muhammad bagaimanapun tidak menolak ada kemungkinan akan adanya tambahan calon baharu sebelum penamaan calon 29 Julai ini.

“Wallahualam… Kadang kala watikah tukar, jadi kita tak tahulah,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Mahkamah lulus permohonan bekas kakitangan Utusan Melayu

SELEPAS hampir lima tahun tiada sebarang berita mengembirakan buat bekas kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang ditamatkan perkhidmatan selepas...

Lagi Artikel Berkaitan