26 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

Tok Mat terus pertahankan kerusi DUN Rantau

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

TIMBALAN Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan dicalonkan Barisan Nasional (BN) untuk terus mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau.

Pencalonan Mohamad yang juga Ahli Parlimen Rembau itu diumumkan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur.

“N27 siapa lagi kalau bukan jeneral perang Negeri Sembilan yang timbalan pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan,”katanya.

Advertisements

Pengumuman tersebut sekaligus menamatkan teki-teki yang sebelum ini bermain mengenai siapakah yang akan bertanding di kerusi DUN Rantau pada PRN akan datang.

Sebelum ini, Mohamad menyatakan hasrat mempertahankan kerusi DUN Rantau namun ia hanya akan disahkan pada hari penamaan calon, 29 Julai ini.

Beliau berkata, keputusan itu diambil kerana ramai pengundi mengharapkan khidmatnya diteruskan, selain tiada calon lain tampil untuk bertanding. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kerajaan Pusat lulus peruntukan RM1.59 bilion untuk Terengganu

KERAJAAN Persekutuan meluluskan peruntukan RM1.59 bilion di bawah Rolling Plan 4 (RP4) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) bagi manfaat rakyat...

Lagi Artikel Berkaitan