27.7 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

BN Selangor tanding 12 kerusi DUN

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

BARISAN Nasional (BN) Negeri Selangor akan bertanding sebanyak 12 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Ogos ini.

Perkara itu dimaklumkan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki pada Majlis Pengumuman Calon BN di Pusat Dagangan Putra (WTC) Kuala Lumpur malam ini.

Daripada 12 kerusi tersebut, BN akan bertanding dua kerusi yang disandang Pakatan Harapan (PN) di Dusun Tua dan Gombak Setia.

Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Megat Zulkarnain Omardin mendahului senarai apabila dinamakan semula bertanding di Gombak Setia.

Kerusi tersebut sebelum ini disandang Bekas Timbalan Ketua Angkatan Muda PKR, Muhammad Hilman Idham yang menang mudah dengan majoriti 12,399 menewaskan Megat Zulkarnain dan calon Pas, Hasbullah Ridzwan.

Advertisements

Bagi Dusun Tua pula, kerusi tersebut disandang Edry Faizal Yusof daripada DAP dan pada PRN kali ini akan ditandingi Datuk Johan Abd. Aziz.

BN bagaimanapun melepaskan satu daripada kerusi yang disandangnya di DUN Hulu Bernam yang sebelum ini disandang Datuk Rosni Sohar.

Tiga kerusi lain yang dikekalkan penyandangnya adalah Sungai Air Tawar (Datuk Rizam Ismail), Sungai Panjang (Datuk Mohd. Imran Tamrin) sementara di Sungai Burong ditandingi calon baharu, Mohamad Khir Ramli serta Semenyih (Wan Zulaika Anua).

Datuk Mohd. Imran Tamrin terus diberikan kepercayaan bagi mempertahankan kerusi DUN Sungai Panjang yang disandangnya untuk PRN Ogos ini. – Edisi9/Imran Tamrin

Antara calon lain BN Selangor adalah Mohd. Isa Abu Kasim (Batang Kali), Datuk Jahaya Ibrahim (Jeram), Datuk Hasnal Rezua Merican Habib Merican (Kuang), Datuk Roslee Abd. Hamid (Selat Klang), Noorazli Said (Dengkil) dan Muhammad Al-Hafizi Abu Bakar (Sijangkang). –  Edisi 9

Advertisements

Terkini

Mahkamah lulus permohonan bekas kakitangan Utusan Melayu

SELEPAS hampir lima tahun tiada sebarang berita mengembirakan buat bekas kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang ditamatkan perkhidmatan selepas...

Lagi Artikel Berkaitan