34.5 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

PRN: BN tanding 108 kerusi DUN – Ahmad Zahid

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

BARISAN Nasional (BN) akan bertanding dalam 108 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri pada 12 Ogos ini.

Pengerusinya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, 63 peratus daripada jumlah tersebut merupakan calon muka baharu.

Ujar beliau, hanya 18 peratus daripada jumlah keseluruhan merupakan penyandang sedia ada atau dicalonkan semula sementara 20 peratus daripadanya adalah mereka yang pernah bertandingan dan mahu menawarkan diri bertanding semula.

“87 peratus daripada mereka mempunyai kelayakan akademik di peringkat instituti pengajian tinggi termasuk kelulusan ikhtisas atau profesional. 

Advertisements

“BN dengan menampilkan muka baharu, tawarkan wajah-wajah segar yang insya-Allah mampu galas tanggungjawab sebagai wakil rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Majlis Pengumuman Calon BN PRN-15 di Pusat Dagangan Putra (WTC) Kuala Lumpur hari ini.

PRN di enam negeri akan diadakan serentak di Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Terengganu.

Tarikh penamaan calon dan pengundian awal masing-masing ditetapkan pada 29 Julai dan 8 Ogos ini. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Rondaan Maritim Malaysia jadikan perairan negara lebih selamat

PENINGKATAN penguatkuasaan dan rondaan yang dilaksanakan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menjaga keselamatan perairan negara telah menjadikan...

Lagi Artikel Berkaitan