27.5 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

Hey, inap desa bukan tempat longgok barangan terbuang!

Mesti Baca

Editor Edisi 9
Editor Edisi 9
Editor Edisi 9

BARU-BARU ini penulis sempat ke Kuala Selangor dan menikmati keindangan panorama sawah bendang terutama ketika senja.

Patutlah semakin ramai yang berkunjung ke sekitar utara Selangor ini. Rupanya panoramanya cukup memukau mata terutama ketika sawah bendang sedang menguning.

Kerana jumlah pengunjung semakin bertambah permintaan inap desa juga semakin meningkat.

Tidak hairanlah begitu banyak rumah-rumah kampung di tepi sawah dijadikan inap desa, kerana permintaannya tinggi.

Malangnya dalam keghairahan orang kampung mencari sumber kewangan tambahan menerusi inap desa, mereka lupa soal keselesaan tetamu.

Yelah, tetamu yang datang menginap sudah tentu membayarnya dengan harga tertentu untuk mendapatkan keselesaan sepanjang menginap di sana.

Bagaimanapun ada pengusaha inap desa yang mengabaikan soal keselesaan malah lebih malang rumah-rumah yang dijadikan inap desa bagai tempat pembuangan barangan yang tidak mereka gunakan lagi.

Pengusaha inap desa perlu juga fikirkan keselesaan tetamu. – Gambar hiasan/Casayangan Kerteh

Tilam yang sudah menipis sehingga terasa besi spring dan berbau hapak, cadar dan selimut yang entah berapa lama terperap malahan bilik air yang tidak sempurna sehingga air bertakung di mana-mana.

Itu belum lagi keadaan rumah tidak bertingkap dan kalau adapun tidak boleh dibuka sehingga tetamu merasakan mereka terkurung di dalam rumah.

Penulis mungkin bernasib malang apabila dapat inap desa seperti ini, tetapi penulis percaya ramai pengusaha inap desa yang memandang mudah perkara sedemikian, lebih mengutamakan keuntungan semata-mata.

Advertisements

Benar inap desa bukan hotel dan sebahagiannya adalah rumah-rumah lama yang diwarisi oleh ibu bapa mereka tetapi itu bukan soalnya.

Malahan ramai tetamu yang lebih memilih rumah ‘kampung’ berbanding rumah-rumah di taman kerana keunikannya. Namun apa yang lebih penting adalah keselesaan.

Mereka menginap bukannya secara percuma tetapi dibayar, walaupun tidaklah semahal penginapan di hotel.

Malahan sesetengah pengusaha mengenakan bayaran tambahan untuk perkhidmatan pembersihan dan dobi. Kami sebagai pelanggan memahami keadaan ini.

Namun melonggokkan perabot-perabot buruk dan uzur baik tilam, bantal sehingga ke sofa dan dapur seolah-olah kami membayarnya untuk tinggal di dalam stor barang buangan.

Lebih malang apa yang digambarkan di dalam media sosial mereka sama sekali berbeza dengan realitinya sehinggakan ramai yang tertipu.

Ingatlah bahawa dalam berniaga kita perlu jujur dan ikhlas. Jangan semudahnya memperdaya tetamu demi keuntungan yang tidak seberapa.

Kalau nak jadikan inap desa satu perniagaan, uruskanlah sebaiknya. Utamakan keselesaan tetamu. Jika tetamu berpuas hati mereka boleh mewar-warkannya kepada rakan-rakan.

Jika tetamu tidak berpuas hati, mereka bukan sahaja melemparkan sumpah-seranah tetapi juga memberikan reputasi buruk yang akhirnya menyebabkan kita kehilangan pelanggan.

Carilah rezeki halal, jangan hanya nak mudah sahaja!

Lastik – Minat nak buka hotel di desa

Advertisements

Terkini

Sultan Selangor ingatkan jemaah haji kekalkan disiplin diri

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan bakal-bakal haji dari negeri itu agar mengekalkan disiplin diri semasa berada di...

Lagi Artikel Berkaitan