33.2 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 8, 2024

SpaConcept beri peluang pengguna manjakan diri berspa di rumah

Mesti Baca

LEBIH 20 tahun pengalaman dalam bidang kecantikan dan kesihatan serta pengalaman bercuti ke Bali, Indonesia memberikan ilham buat lelaki ini menghasilkan produk SpaConcept.

Jika sebelum ini, mereka yang ingin melakukan spa perlu pergi ke pusat-pusat yang menyediakan rawatan berkenaan.

Tetapi dengan SpaConcept semuanya boleh dilakukan hanya dirumah.

Pengasasnya, Kenny Lai berkata, idea ini tercetus selepas dia melakukan rawatan spa yang dilakukannya ketika bercuti di Bali.

“Ketika bercuti di sana beberapa kali saya melakukan spa dan tidak tahu kenapa saya rasa bahan semulajadi yang mereka gunakan memberikan inspirasi kepada saya untuk menghasilkan produk SpaConcept ini.

“Boleh dikatakan bahan semulajadi yang ada dalam SpaConcept semuanya inspirasi dari herba semulajadi yang terdapat di Bali.

“Saya juga menggunakan khidmat kilang di Bali bagi mendapatkan hasil yang saya inginkan iaitu tiada bahan paraben, SLS, silikon atau yang berbahaya seumpamanya.

“Semuanya 100 peratus semulajadi daripada tumbuh-tumbuhan dan aroma bauan juga akan membuatkan pengguna seperti berasa berada di Spa Bali,” katanya pada majlis pelancaran produk berkenaan baru-baru ini.

Advertisements

Anak jati Kuala Lumpur itu berkata, produk ini sangat ekslusif dan buat masa ini dia selesa menjual secara online apatah lagi produk yang dihasilkan adalah semulajadi dan mempunyai tempoh luput yang singkat.

“Boleh dikatakan setiap penghasilan produk adalah terhad atau mengikut permintaan, kerana setiap produk yang sudah dibuka perlu dihabiskan dalam tempoh enam bulan.

“Buat masa ini kita fokus mengeluarkan produk Body scrub, Body Mask, Shower gel dan pelembap, selain produk kecantikan untuk kulit,” katanya.

Antara produk SpaConcept yang terlaris adalah Siri Lilylight, bahan utama adalah gabungan pati teratai dan betik di mana memberi kesan pelembapan dan mencerahkan pada kulit.

Selain itu SpaConcept turut ada produk penjagaan muka yang memberi manfaat untuk kulit sensitif dan mudah berjerawat.

Hydrating Mist ini bukan sahaja memberikan penghidratan yang mendalam, tetapi juga boleh digunakan sebagai peremajaan kulit, menjadikan kulit bersinar serta memberi ketahanan kepada solekan.

Dalam pada itu, Kenny juga turut merancang membuka spa sendiri yang akan dibuka pada tahun depan.

Katanya, buat masa ini dia bercadang membuka spa di Pulau Pinang dan Sabah kerana yakin dua negeri ini sering menjadi tumpuan pelancong dan orang ramai untuk bercuti. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

10 mahasiswa UM sertai program selamatkan sayur-sayuran

SERAMAI 10 mahasiswa Asasi Sains Sosial dari Pusat Asasi Sains Universiti Malaya (PASUM) telah menyertai program menyelamatkan sayur-sayuran dan...

Lagi Artikel Berkaitan