29.2 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

Aktiviti pelancongan: MOTAC nafi pinggir negeri pembangkang

Mesti Baca

KEMENTERIAN Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menafikan kementerian itu meminggir atau menganaktirikan negeri di bawah pentadbiran pembangkang dalam menyalurkan sebarang peruntukan bagi aktiviti pelancongan.

Timbalan Menterinya, Khairul Firdaus Akbar Khan, berkata ini termasuklah Perlis berikutan isu berhubung penyaluran peruntukan RM4 juta yang diminta negeri itu bagi pelaksanaan Tahun Melawat Perlis (TMPs) 2024-2025.

Katanya, MOTAC sentiasa menerima dengan pintu terbuka sebarang kerjasama yang berkaitan dengan sektor pelancongan dan kebudayaan, termasuk dengan mana-mana kerajaan negeri.

Menurutnya, kementerian itu juga sudah melakukan pelbagai sesi libat urus dengan semua negeri di Malaysia yang mana ia adalah peluang untuk mengutarakan kehendak negeri.

“Wakil daripada kerajaan Perlis hadir pada sesi libat urus namun tidak ada pula mesej yang hendak disampaikan dari sudut peruntukan tetapi kita juga ada menyalurkan peruntukan pembangunan kepada negeri berkenaan, selain mengadakan pelbagai aktiviti untuk merancakkan sektor pelancongan di negeri itu,” katanya.

Advertisements

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Tasik Cermin 2 Sempena Tahun Melawat Perak 2024 di Kafe Lake View Tasik Cermin 2 di Ipoh, semalam.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor Perak Loh Sze Yee; dan Ketua Eksekutif Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNPk), Datuk Redza Rafiq Abdul Razak; dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Majuperak Holdings Berhad, Syed Agil Syed Hashim.

Khairul Firdaus mengulas laporan media yang memetik Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli berkata kerajaan negeri sebelum ini sudah menghantar surat kepada MOTAC memohon peruntukan sebanyak RM4 juta bagi menaik taraf lokasi pelancongan di negeri itu bagi persediaan sebagai penganjuran TMPs 2024-2025 namun masih tiada jawapan.

Khairul Firdaus berkata, Menteri Pelancongan, Datuk Seri Tiong King Sing akan menjawab perkara itu secara lebih terperinci menerusi kenyataan yang akan dikeluarkan dalam waktu terdekat, selain tidak menolak isu itu timbul berpunca daripada sedikit salah faham. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Pelajar UPSI adakan program bakti bersama gelandangan

SEKUMPULAN pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mengadakan program khidmat bakti bersama golongan gelandangan di Pusat Transit Gelandangan Kuala...

Lagi Artikel Berkaitan