24.5 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 12, 2024

Isi minyak terlalu lama bongkar kegiatan seleweng diesel

Mesti Baca

TINDAKAN sebuah kenderaan pacuan empat roda mengisi minyak hampir 15 minit di sebuah stesen di Bandar Pusat Jengka, Pahang membongkar kegiatan penyelewengan diesel bersubsidi.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa Daerah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Cawangan Temerloh, Abdul Razak Yahaya berkata, ia hasil operasi rutin harian Ops Tiris yang dijalankan oleh sepasukan pegawai penguat kuasa KPDN Temerloh.

Katanya, anggota terbabit telah terserempak dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda sedang membuat pengisian minyak diesel dalam tempoh yang lama.

“Selepas dihampiri anggota penguat kuasa mendapati 17 tong jerry can yang memuatkan kira-kira 350 liter minyak diesel di bahagian belakang kenderaan terbabit.

“Hasil semakan mendapati individu yang ditahan tidak memiliki sebarang surat kebenaran untuk berurusan dengan barang kawalan iaitu minyak diesel daripada Pengawal Bekalan Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan.

Advertisements

Katanya, minyak diesel, kenderaan serta dokumen yang terbabit di tempat kejadian telah disita dan nilai rampasan dianggarkan kira-kira RM50,754.

“Seorang lelaki warga tempatan berumur 46 tahun juga telah ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961,” katanya.

Beliau berkata, KPDN Temerloh memberi amaran kepada mana-mana individu atau peniaga agar sentiasa mematuhi perundangan yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan.

Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana individu atau peniaga yang melanggar peruntukan undang-undang dan sekiranya mana-mana individu atau peniaga melakukan kesalahan berkenaan.

Katanya, mereka yang terbabit bakal berdepan dengan tindakan dan hukuman denda sehingga RM1 juta atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya dan bagi syarikat pula denda sehingga RM2 juta di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kemenangan Sock Tao bukti rakyat tolak politik kebencian

KEMENANGAN calon Kerajaan Perpaduan, Pang Sock Tao dari Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu...

Lagi Artikel Berkaitan