30.7 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Rakyat Johor diingat peka amaran hujan lebat berterusan

Mesti Baca

MENTERI Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi terus mengingatkan rakyat di negeri berkenaan untuk sentiasa peka dan mendengar arahan pihak berkuasa, susulan laporan Jabatan Meteorologi Johor (Met Johor) berhubung hujan lebat berterusan sehingga Ahad ini.

Beliau berkata, amaran hujan lebat berterusan pada tahap buruk dijangka berlaku di daerah Segamat, Kluang, Mersing dan Kota Tinggi.

“Selain itu, amaran hujan berterusan pada tahap waspada dijangka berlaku di Tangkak, Muar, Batu Pahat, Pontian, Kulai dan Johor Bahru.

“Saya turut dilaporkan air pasang besar akan berlaku dan tertumpu di kawasan daerah Johor Bahru bermula hari ini hingga Rabu ini.

“Air pasang besar pula dijangka paling tinggi pada Ahad dan Isnin ini iaitu pada aras 3.7 meter di stesen Johor Bahru,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Advertisements

Onn Hafiz berkata, berikutan itu kerajaan negeri dengan kerjasama Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Johor sudah bersiap siaga dengan penyediaan pam di setiap daerah yang terbabit.

Beliau berkata, semua bangsa Johor diminta sentiasa berwaspada menghadapi banjir demi keselamatan diri dan keluarga.

“Semoga Allah SWT permudahkan segala urusan dan melindungi kita semua dari segala bencana,” katanya.

Setakat jam 8 pagi tadi, jumlah mangsa banjir di Johor terus berkurang dengan 4,942 orang membabitkan 1,369 keluarga masih ditempatkan di 26 pusat pemindahan sementara (PPS) yang beroperasi di enam daerah terjejas banjir.

Jumlah mangsa banjir di Kota Tinggi dan Johor Bahru semakin berkurangan, manakala jumlah mangsa banjir di Kluang, Segamat, Batu Pahat dan Pontian tidak berubah. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

Mahkamah lulus permohonan bekas kakitangan Utusan Melayu

SELEPAS hampir lima tahun tiada sebarang berita mengembirakan buat bekas kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang ditamatkan perkhidmatan selepas...

Lagi Artikel Berkaitan