26 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Amaran hujan berterusan di selatan Pahang, timur Johor

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

JABATAN Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran hujan berterusan di selatan Pahang dan timur Johor sehingga 10 Februari ini.

MetMalaysia berkata, berdasarkan analisis model MET Malaysia Weather Research and Forecasting Model (MET-WRF), European Centre for Medium-Range Weather Forecasts (ECMWF) dan Global Forecast System (GFS), luruan angin timuran dijangka berterusan sehingga 14 Februari 2022.

“Pada masa yang sama cuaca lembap dengan hujan dan ribut petir juga dijangka di negeri-negeri Pantai Barat Semenanjung, barat dan tengah Sarawak serta barat Sabah pada sebelah petang hingga awal malam,” katanya.

Sementara itu, METMalaysia menasihatkan orang awam untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan semua media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sah.

Dalam perkongsian terdahulu oleh METMalaysia, ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di beberapa negeri sehingga pukul 5 petang ini.

Jangkaan membabitkan negeri Kedah (iaitu di Kulim dan Bandar Baharu, Pulau Pinang (Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan) serta Perak (Kerian, Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Bagan Datuk dan Hilir Perak).

Advertisements

Manakala, ramalan yang sama di kesemua kawasan di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan dan Melaka.

Bagi di Johor pula membabitkan Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai dan Johor Bahru serta Sabah membabitkan Sandakan iaitu Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan dan Kudat (Kota Marudu).

Menurut kenyataan berkenaan, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Sultan Nazrin berkenan letak batu asas IPTTI, URCC UPSI

SULTAN Perak, Sultan Nazrin berkenan berangkat ke Majlis Perletakan Batu Asas bagi Institut Pendidikan Tahfiz dan Turath Islami (IPTTI)...

Lagi Artikel Berkaitan