27.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

Johor sedia beri tanah untuk tanaman padi

Mesti Baca

JOHOR sedia menawarkan tanah untuk diusahakan sebagai kawasan penanaman padi, sekali gus membantu kerajaan dalam menangani isu kekurangan beras putih tempatan (BPT) yang ketika ini menjejaskan rakyat.

Menteri Besarnya, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, ia antara beberapa cadangan dikemukakan pihaknya untuk dipertimbangkan Kerajaan Pusat, termasuk mewujudkan subsidi beras import sehingga isu bekalan BPT mencukupi serta mengimport beras dari negara lain seperti Indonesia yang menawarkan harga lebih murah.

Beliau berkata, pihaknya turut mencadangkan supaya pembungkusan semula beras kepada pek kecil bersaiz sekilogram atau 2 kg supaya lebih mudah dan murah dibeli rakyat terutama golongan yang diumpamakan kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

“Kerajaan negeri mendapati isu kekurangan bekalan makanan asas termasuk BPT dan kenaikan harga beras import sangat menjejaskan rakyat yang terpaksa berdepan dengan peningkatan kos sara hidup.

Advertisements

“Dengan perubahan iklim yang tidak menentu, tindakan segera perlu diambil,” katanya menerusi kenyataan yang dimuat naik di Facebook (FB) miliknya, hari ini.

Onn Hafiz berkata, isu keterjaminan makanan bukan sekadar berlaku di peringkat negeri, tetapi isu nasional yang perlu ditangani segera oleh semua pemegang taruh agar rakyat tidak terus terbeban.

“Saya membuat lawatan ke beberapa lokasi untuk melihat sendiri keadaan realiti di peringkat akar umbi dan tinjauan mendapati beberapa barang makanan asas seperti BPT, telur dan minyak paket (subsidi) kekurangan stok.

“Saya meminta Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Negeri, Datuk Zahari Sarip dan Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna Negeri, Lee Ting Han serta agensi berkaitan seperti Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) untuk meneliti perancangan jangka masa pendek, sederhana dan panjang bagi menampung keperluan rakyat,” katanya lagi. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

Mahkamah lulus permohonan bekas kakitangan Utusan Melayu

SELEPAS hampir lima tahun tiada sebarang berita mengembirakan buat bekas kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang ditamatkan perkhidmatan selepas...

Lagi Artikel Berkaitan