28.7 C
Kuala Lumpur
Friday, December 13, 2024

Bayaran terbuka di 25 lorong Lebuh Raya MEX

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SISTEM Pembayaran Terbuka (SPT) di Lebuh Raya Maju Expressway (MEX) telah diperluaskan kepada 25 lorong di semua plaza tolnya.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Halimi Ibrahim berkata, ketika tempoh ujian sebelum ini, hanya enam lorong dibuka.

“Bagaimanapun, dengan tambahan itu, ia akan dapat memberi pilihan kaedah pembayaran tol yang lebih baik kepada pengguna lebuh raya, di samping meningkatkan lagi kelancaran aliran trafik di plaza tol,”katanya menerusi kenyataan di sini.

Menurutnya, langkah proaktif meletakkan servis kemudahan SPT di 25 lorong TNG bukan sahaja untuk memudahkan pengguna lebuh raya untuk mendapatkan akses kepada servis SPT, tetapi ia satu langkah penyelesaian bagi mengelakkan kenderaan tersangkut di plaza tol sekiranya terlupa menambah nilai kad Touch ‘n Go atau aplikasi eWallet.

Advertisements

“Menerusi pemantauan operasi tol yang dijalankan pihak MEX, kita mendapati bahawa terdapat peningkatan positif terhadap jumlah penggunaan SPT di ketiga-tiga plaza tol di Lebuhraya MEX.

“Ini membuktikan bahawa pengguna menerima baik pelaksanaan sistem ini dan semakin selesa untuk menggunakan SPT sebagai alternatif pembayaran tol.

“Selain itu, pihak MEX ada menempatkan petugas di lorong tol yang boleh memberi panduan kepada pengguna lebuh raya sekiranya perlu,” katanya.

Menerusi SPT, pengguna boleh membayar menggunakan kad debit dan kredit di 11 lebuh raya di Lembah Klang dan Pulau Pinang, sekaligus memberi alternatif baharu kepada kaedah pembayaran tol sedia ada menggunakan kad Touch ‘n Go, Smart Tag dan Radio Frequency Identification (RFID). – Edisi 9

Advertisements

Terkini

YKM belanja RM5 juta bantu anak yatim akibat COVID-19

YAYASAN Keluarga Malaysia (YKM) telah membelanjakan sebanyak RM5 juta pada tahun ini bagi membantu meringankan beban dihadapi anak-anak yatim...

Lagi Artikel Berkaitan