26 C
Kuala Lumpur
Wednesday, October 4, 2023

Kemalangan punca dua kereta terbakar di Lebuh Raya MEX

Mesti Baca

DUA buah kereta dilaporkan musnah dalam kebakaran di Lebuh Raya Maju Expressway (MEX), dipercayai berpunca daripada kemalangan.

Komander Operasi, Pegawai Kanan (PBK) II Mohd Faizul Hizam Deraman berkata, Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan dari MERS 999 pada jam 7.10 pagi tadi.

Seramai 14 pegawai bomba lain-lain pangkat dari pasukan operasi jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Jalil dan bantuan dari BBP Sri Petaling dengan kekuatan anggota dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya pasukan bomba di tempat kejadian didapati berlaku kebakaran membabitkan dua buah kenderaan yang berpunca dari kemalangan.

“Kenderaan yang terbabit ialah kereta Nissan X-Trail dan Perodua Myvi telah musnah terbakar 100 peratus,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, operasi pemadaman menggunakan teknik (attacking) Dua aliran salur bantu mula jentera.

‘Kebakaran berjaya dipadamkan oleh anggota dan tidak membabitkan kemalangan jiwa.

Operasi seterusnya diserahkan kepada penyelenggara lebuh raya untuk tindakan selanjutnya,”katanya. -Edisi 9

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Terkini

ACL: JDT malukan BG Pathum di gelanggang lawan

JOHOR Darul Ta'zim FC (JDT) tampil cemerlang apabila memalukan kelab Thailand, BG Pathum United di laman sendiri dengan kemenangan...

Lagi Artikel Berkaitan