Wednesday, July 22, 2026

‘Abang Tesla’ bawa dua isteri tunai umrah

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

BIARPUN sebelum ini teruk dikecam netizen kerana berkahwin dua, pempengaruh media sosial, Abang Tesla atau nama sebenar Mohammad Khaliltizam Yusri tetap teguh dengan pendirian demi membahagiakan isteri-isterinya.

Menerusi perkongsian di Instagramnya malam tadi, Abang Tesla yang berusia 28 tahun memaklumkan dia bersama dua ‘makmumnya’ itu akan terbang ke Tukiye dan mengerjakan umrah.

Terbang ke bumi Anbiya malam tadi, kedua-dua isteri Abang Tesla dilihat mesra dengan setiap daripada mereka membawa seorang satu bagasi masing-masing.

“Kejap lagi saya dan isteri-isteri akan berangkat menunaikan umrah. Doakan kami mendapat umrah yang mabrur,” katanya menerusi Instagram story.

Ini merupakan kali pertama Abang Tesla memaparkan wajah isteri keduanya selepas diijab kabul pada 18 Ogos lalu.

Sebelum ini tular video di TikTok yang dimuat naik Abang Tesla mengumumkan dirinya sudah bernikah untuk kali kedua dan mendapat restu isteri pertamanya.

Menurut Abang Tesla, isterinya reda dan sangat menjaga aibnya sebagai seorang suami.

Katanya, beliau mengambil keputusan menikah dengan isteri keduanya, Nursyafiqa Mohd. Hanafi selepas beberapa bulan berkenalan di Instagram story selepas wanita itu menyapanya. – Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan