27.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 4, 2024

Penyakit berkaitan jantung kekal penyebab utama kematian

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PENYAKIT berkaitan jantung kekal sebagai penyebab utama kematian di negara ini dengan merekodkan sebanyak 18,515 kematian atau 17 peratus daripada jumlah berpunca daripadanya.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Muhammad Radzi Abu Hassan berkata, statistik terkini Jabatan Perangkaan tahun lalu menunjukkan bahawa Ischaemic heart diseases mencatatkan sebab kematian kedua tertinggi di pada 2021 iaitu 13.7 peratus selepas COVID-19.

Katanya, Ischaemic heart diseases juga merupakan penyebab kematian utama bagi kumpulan umur 41 hingga 59 tahun (20 peratus) dan 60 tahun ke atas (18 peratus).

“Perbelanjaan akibat penyakit jantung membebankan negara. Pada 2017, dianggarkan sebanyak RM3.93 bilion daripada jumlah keseluruhan RM9.65 bilion kos perawatan kesihatan adalah digunakan bagi perbelanjaan merawat pesakit jantung.

“Beban kos ini dijangka akan terus meningkat jika tindakan sewajarnya tidak diambil untuk mengawal dan mencegah penyakit tersebut,” katanya.

DR. MUHAMMAD RADZI ABU HASSAN

Beliau berkata demikian menerusi kenyataan sempena Sambutan Hari Jantung Sedunia 2023 hari ini.

Advertisements

Justeru itu kata beliau, Kementerian Kesihatan (KKM) sedang berusaha memperkukuhkan aktiviti-aktiviti pencegahan serta pengesanan awal faktor risiko agar intervensi dan rawatan awal dapat diberikan.

Jelasnya, antara usaha yang dilakukan adalah dengan memperkenalkan Inisiatif Saringan Kesihatan Kebangsaan (NHSI) bermula Julai tahun lalu dan mensasarkan seramai 1.5 juta rakyat Malaysia berumur 18 tahun.

“Saringan yang dilaksanakan termasuk pengukuran Indeks Jisim Tubuh (BMI), pemeriksaan tekanan darah, ujian paras gula dan ujian paras kolesterol.

“Aktiviti saringan ini dilakukan di semua klinik kesihatan, melalui Peka B40 atau melalui program komuniti termasuk Komuniti Sihat Perkasa Negara (Kospen) dan program saringan dari rumah ke rumah melalui Program Madani Afiat.

“Sejak dilancarkan pada Julai tahun lalu, seramai 2,128,048 individu telah membuat saringan di mana seramai 1,111,568 individu menjalankan saringan pada tahun ini sehingga 27 September lalu,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan