27.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 4, 2024

Malaysia catat dua kes pertama cacar monyet – KKM

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan dua kes disahkan positif jangkitan cacar monyet (mpox) di negara ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Muhammad Radzi Abu Hassan berkata, kes pertama disahkan pada 26 Julai lalu melibatkan seorang lelaki warga asing yang tinggal dan bekerja di negara ini sejak April tahun lalu. 

Katanya, individu tersebut mempunyai sejarah perjalanan ke negara yang melaporkan kes mpox pada 6 Julai dan kembali semula ke negara pada 10 Julai lalu.

“Beliau mula menunjukkan gejala pada 19 Julai dan lepuh mula muncul pada 23 Julai. Beliau telah menjalani isolasi dan dibebaskan pada 10 Ogos setelah pulih sepenuhnya tanpa komplikasi. 

“Beliau disyaki mendapat jangkitan semasa berada di luar negara iaitu negara yang melaporkan kes mpox,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Mpox adalah sejenis jangkitan disebabkan olhe virus mpox. Jangkitan berlaku melalui sentuhan rapat dengan individu yang mempunyai gejala dan tanda jangkitan. 

Advertisements

Tempoh inkubasi sebelum individu menunjukkan gejala jangkitan mpox adalah antara lima ke 21 hari dari tarikh pendedahan kepada jangkitan. 

Individu positif jangkitan mpox boleh menjangkiti orang lain sehari sebelum gejala muncul dan sehingga semua lepuh telah kering sepenuhnya.

Muhammad Radzi berkata, kes kedua pula adalah kontak kepada kes mpox pertama atau kes indeks.

Menurutnya, individu itu merupakan seorang lelaki warga tempatan yang mengalami gejala semasa dalam kuarantin kerana merupakan kontak kepada kes positif mpox. 

“Beliau telah diarahkan menjalani kuarantin sejak 27 Julai dan disahkan positif mpox pada 29 Julai 2023. Beliau masih dalam tempoh isolasi dan dalam keadaan sihat.

“Semua kontak bagi kes pertama telah dikenal pasti dan status kesihatan mereka telah dipantau. Tiada yang mengalami gejala jangkitan mpox kecuali kes kedua seperti dinyatakan di atas. Kes kedua tidak mempunyai sebarang kontak rapat,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan