25.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

GSWMS dipasang pantau peningkatan aras radioaktif

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN telah melakukan pemasangan Gamma Spectrum Water Monitoring Station (GSWMS) untuk memantau sebarang peningkatan aras keradioaktifan secara real-time di perairan negara.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang berkata, pemasangan alat tersebut dilakukan Jabatan Tenaga Atom (Atom Malaysia) dengan kerjasama Kesatuan Eropah sebagai langkah pengesanan amaran awal. 

Katanya, data daripada stesen tersebut dipantau selama 24 jam dan tujuh hari seminggu di Pusat Pengurusan Tindakbalas Nuklear Kebangsaan (NCNRM) di Ibu Pejabat Atom Malaysia, Dengkil, Selangor. 

“Berdasarkan pemantauan semasa oleh Atom Malaysia, tiada peningkatan aras keradioaktifan di perairan negara dikesan pada ketika ini daripada aktiviti tersebut.

“Mosti memandang berat kerisauan rakyat dan akan memantau tahap keradioaktifan perairan negara dengan rapi menerusi Atom Malaysia,’ katanya menerusi kenyataan hari ini.

Advertisements

Kerajaan Jepun melakukan pelepasan air terawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daaiichi ke Lautan Pasifik semalam.

Pelepasan sisa air tersebut sebagai langkah perlu untuk penyahtauliahan loji kuasa itu, yang terletak di pantai timur negara itu, kira-kira 220 kilometer (km) di timur laut ibu negara Tokyo.

Bagaimanapun, tindakan Jepun itu mendapat bantahan dari negara jiran termasuk Korea Selatan dan China kerana dikhuatiri ia boleh membawa akibat negatif untuk jangka masa panjang.

Dalam pada itu, Lih Kang berkata, Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) membuat kesimpulan bahawa pendekatan dan aktiviti melepaskan air yang dirawat Advanced Liquid Processing Systems (ALPS) adalah konsisten dengan piawaian keselamatan antarabangsa yang berkaitan. 

“IAEA dalam dapatannya melaporkan bahawa pelepasan air terawat ke laut adalah terkawal, dilakukan secara berperingkat dan mempunyai kesan radiologi yang boleh diabaikan kepada manusia dan alam sekitar,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Wanita perlu jaga darjat, jangan bergaduh kerana ‘buaya’

USAHAWAN selebriti, Datin Thalia Baiduri menitip pesan kepada semua wanita agar sentiasa menjaga darjat serta nilai diri masing-masing. Baginya tidak perlu...

Lagi Artikel Berkaitan