25.7 C
Kuala Lumpur
Friday, May 17, 2024

Skim Perubatan Madani mula beroperasi di tujuh daerah baharu

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

SELEPAS menerima sambutan menggalakkan sejak dilancarkan 15 Jun lalu, Skim Perubatan Madani kini diperluas ke tujuh daerah baharu sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan perkhidmatan kepada 21 daerah di seluruh negara.

ProtectHealth Corporation Sdn. Bhd. (ProtectHealth) berkata, tujuh daerah baharu itu ialah Kota Bharu, Pasir Mas (Kelantan), Kuantan (Pahang), Melaka Tengah (Melaka), Seremban (Negeri Sembilan), Seberang Perai Tengah (Pulau Pinang) dan Perlis.

“Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di semua daerah ini boleh mula mendapatkan rawatan percuma seperti konsultasi, pemeriksaan, ubat-ubatan, prosedur dan rujukan di klinik perubatan swasta.

“Peruntukan bagi setiap isi rumah berkeluarga adalah sehingga RM250, RM125 bagi warga emas (tanpa pasangan) dan RM75 bagi kategori bujang,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

ProtectHealth berkata, penerima manfaat yang layak cuma perlu membawa kad pengenalan mereka ketika ingin mendapatkan rawatan tanpa pra pendaftaran diperlukan. 

Advertisements

Katanya, penerima manfaat boleh mengenal pasti klinik terdekat dan menyemak kelayakan di laman sesawang www.protecthealth.com.my/skimperubatanmadani

“Sebagai alternatif, penerima manfaat juga boleh menyemak kelayakan melalui aplikasi MySejahtera,” ujarnya.

Sementara itu katanya, pendaftaran untuk menjadi panel klinik Skim Perubatan Madani masih dibuka dengan ProtectHealth menyasarkan jumlah klinik akan terus meningkat dari semasa ke semasa. 

“Kami telah menerima sebanyak 210 permohonan di mana sejumlah 25 klinik telah memulakan operasi di tujuh daerah ini dan bersedia untuk memberi rawatan dibawah Skim Perubatan Madani,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

KPM umum beberapa inisiatif termasuk lonjak kapasiti guru digital

KEMENTERIAN Pendidikan (KPM) hari ini mengumumkan beberapa inisiatif antaranya bagi melonjakkan kapasiti guru dalam bidang digital, kata Menteri Pendidikan,...

Lagi Artikel Berkaitan