30.9 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 16, 2024

Skim Perubatan Madani: Lebih 1 juta terima rawatan percuma

Mesti Baca

SKIM Perubatan MADANI merekodkan lebih sejuta lawatan pesakit bagi rawatan sakit-sakit ringan percuma di klinik swasta berdaftar sejak skim itu diperkenalkan pada 15 Jun lalu.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, sehingga hari ini sebanyak 1,005,645 rawatan sakit-sakit ringan diberikan kepada 785,623 pesakit, melalui 2,506 klinik swasta dengan jumlah perbelanjaan keseluruhan sebanyak RM62.5 juta.

“Kerajaan telah menunjukkan komitmen berterusan terhadap skim ini dengan memberi peruntukan sebanyak RM100 juta dalam Belanjawan 2024, agar skim ini dapat diteruskan pada tahun hadapan.

“KKM dan ProtectHealth akan terus komited memantapkan gerak kerja dalam meningkatkan pembabitan klinik swasta di seluruh negara, bagi memperluas akses kumpulan berpendapatan rendah kepada perkhidmatan kesihatan yang berkualiti,” katanya dalam satu kenyataan.

Advertisements

Skim Perubatan Madani adalah satu inisiatif kerajaan melalui Kementerian Kesihatan (KKM) bagi menampung keperluan kesihatan golongan B40.

Skim itu ditawarkan secara automatik kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah, dengan membantu menampung kos rawatan sakit-sakit ringan di klinik swasta yang berdekatan, tanpa sebarang caj.

Semakan kelayakan dan carian klinik swasta boleh didapati melalui laman web ProtectHealth di www.protecthealth.com.my, aplikasi ‘Skim Perubatan Madani’ dan MySejahtera. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

Bukan bumiputera masuk UiTM: KPT masih pegang teguh Akta 173

KEMENTERIAN Pendidikan Tinggi (KPT) masih berpegang teguh kepada Fasal 1A Akta 173 bahawa Universiti Teknologi Mara (UiTM) ditubuhkan menurut...

Lagi Artikel Berkaitan