26.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 18, 2024

Skim Perubatan Madani diperluas ke 11 daerah – Dr. Zaliha

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

SKIM Perubatan Madani akan diperluaskan ke 11 daerah bagi membantu rakyat khususnya golongan B40 mendapatkan perkhidmatan penjagaan primer akut (rawatan pesakit luar kes-kes akut) di klinik perubatan swasta umum (GP).

Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa berkata, pelaksanaan disasarkan bermula pada minggu kedua Ogos di empat daerah seperti Kota Setar, Kuala Muda (Kedah), Kuala Terengganu dan Kuala Nerus (Terengganu). 

Seterusnya kata beliau, daerah-daerah lain seperti Kota Bharu, Pasir Mas (Kelantan), Kuantan (Pahang), Melaka Tengah (Melaka), Seberang Perai Tengah (Pulau Pinang) dan Perlis akan bermula pada minggu keempat bulan ini.

“Skim ini dijangka dapat memberi manfaat kepada 700,000 isi rumah, dengan peruntukan sebanyak RM100 juta. 

Advertisements

“Peruntukan bagi setiap isi rumah untuk separuh tahun kedua 2023 adalah sehingga RM250 bagi setiap isi rumah berkeluarga, RM125 bagi warga emas (tapa pasangan) dan RM75 bagi kategori bujang,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Skim Perubatan Madani dilaksanakan sebagai salah satu inisiatif Bitara Madani bagi mengatasi isu kesesakan pesakit di fasiliti kesihatan kerajaan. 

Ia telah bermula pada 15 Jun lalu di 10 daerah dan ditawarkan secara automatik kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dapat membantu meringankan beban kewangan rakyat dengan menampung kos rawatan kes-kes akut. 

Perkhidmatan percuma yang ditawarkan adalah seperti konsultasi, pemeriksaan, ubat-ubatan, prosedur dan rujukan di klinik perubatan swasta umum. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Lakukan ‘total cleansing’ kumpulan ajaran sesat, ekstrem agama

PIHAK berkuasa termasuk Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) digesa melakukan total cleansing (sapu bersih) terhadap kumpulan ajaran sesat dan...

Lagi Artikel Berkaitan