26.4 C
Kuala Lumpur
Friday, February 14, 2025

Gaji pekerja asing, bot nelayan tempatan ditahan

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

SEBUAH bot nelayan ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pulau Pinang semalam kerana disyaki menggaji pekerja asing untuk menangkap ikan di perairan negara.

Pemangku Pengarah Maritim Negeri Pulau Pinang, Komander Maritim Nak Rong Si Prom berkata, bot tersebut ditahan di kedudukan 15.7 batu nautika barat laut Pulau Kendi pada pukul 10.50 pagi.

Katanya, pasukan bot ronda Maritim Malaysia mengesan bot berkenaan ketika melakukan rondaan sebelum merapat untuk pemeriksaan.

“Hasil pemeriksaan mendapati, bot dikendalikan lima kru termasuk tekong di mana seorang kru merupakan warga tempatan dan empat kru lagi adalah warga Myanmar.

Advertisements

“Pemeriksaan lanjut mendapati, kru asing yang berada di atas bot terbabit tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah dan berumur antara 22 hingga 41 tahun,” katanya menerusi Facebook hari ini.

Beliau berkata, bot itu kemudiannya ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 8 (b) Akta Perikanan 1985 iaitu menggunakan kru warga asing tanpa kebenaran Pengarah Perikanan dan Seksyen 6 (1)(c) Akta Imigresen 1959/63 iaitu tidak memiliki permit atau pas yang sah.

“Empat kru warga asing turut direman selama 14 hari bagi membantu siasatan.

“Bot dan hasil tangkapan ikan campur seberat 200 kilogram (kg) kesemuanya dianggarkan bernilai RM600 ditahan sebelum dibawa ke Jeti Pasukan Polis Marin, Batu Uban untuk tindakan lanjut,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Peranan ELTC dipeluas tingkat penguasaan BI guru, murid

PERANAN Pusat Pengajaran Bahasa Inggeris (ELTC) akan diperluaskan bagi meningkatkan penguasaai bahasa Inggeris dalam kalangan guru dan murid sekolah. Menteri...

Lagi Artikel Berkaitan