Saturday, June 13, 2026

PRN: Lebih 90 peratus keluar mengundi setakat 3 petang

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PURATA bilangan keluar mengundi bagi undi awal untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) dan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Terengganu mencecah 91 peratus setakat pukul 3 petang tadi.

Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Terengganu dan Kedah mencatatkan bilangan peratusan tertinggi iaitu sebanyak 83 peratus.

Ini diikuti Selangor dan Negeri Sembilan masing-masing dengan jumlah 91 peratus sementara Kelantan dan Pulau Pinang merekodkan jumlah 90 peratus.

Peratusan pengundi awal di PRK Parlimen Kuala Terengganu pula mencatatkan jumlah sebanyak 92 peratus.

Undi awal membabitkan 49,660 anggota tentera dan 47,728 anggota polis bersama pasangan masing-masing di enam negeri yang terlibat PRN.

Sementara, seramai 1,362 anggota polis dan 35 anggota tentera bersama pasangan akan terlibat dengan proses pengundian awal bagi PRK Kuala Terengganu.

Sebanyak 260 pusat mengundi awal yang mengandungi 377 tempat mengundi atau saluran awal sempena PRN di enam negeri, dibuka serentak bermula 8 pagi tadi.

Turut dibuka tiga pusat mengundi awal di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu bagi PRK Parlimen Kuala Terengganu yang diadakan serentak. – Edisi 9

Terkini

Pemimpin korporat perlu kuasai AI, elak ketinggalan

PEMIMPIN korporat di Malaysia perlu segera menguasai dan memanfaatkan kecerdasan buatan (AI) dalam operasi harian organisasi bagi memastikan mereka...

Lagi Artikel Berkaitan