27.7 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

MB minta Imigresen tangguh kerja naik taraf di Tambak Johor

Mesti Baca

JABATAN Imigresen Malaysia (JIM) Johor diminta menangguhkan kerja-kerja menaik taraf membabitkan beberapa kaunter di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI), Johor Bahru.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, penangguhan kerja-kerja terbabit sehingga berakhirnya cuti persekolahan akhir tahun ini.

“Saya telah meminta supaya kerja-kerja ini ditangguhkan sehingga berakhirnya cuti persekolahan akhir tahun,” katanya ringkas dalam hantaran di Facebook miliknya.

Permintaan penangguhan itu dipercayai bagi mengelak berlaku kesesakan teruk yang dijangka akan berlaku di CIQ BSI susulan musim cuti persekolahan akhir tahun dan perayaan Tahun Baharu 2024.

Advertisements

Terdahulu, Unit Komunikasi dan Korporat Pejabat Imigresen BSI sebelum ini memaklumkan, pihaknya akan menutup beberapa kaunter zon bas dan laluan automatik (sistem e-gate) bermula Jumaat selama sebulan untuk memberi laluan kerja-kerja berkenaan.

Unit berkenaan berkata, penutupan itu membabitkan tiga fasa di laluan keluar dan masuk kaunter bas terbabit dengan proses itu mengambil masa sebulan dan dijadualkan selesai pada 15 Januari ini.

Langkah penutupan itu sebelum ini menimbulkan kebimbangan orang ramai kerana BIS dijangka sesak berikutan bakal bertembung dengan cuti sekolah di Singapura yang bermula dari 16 November hingga 2 Januari 2024.

Sementara itu, beberapa pengguna media sosial memberi komen positif berhubung kenyataan Onn Hafiz yang disifatkan tepat memandangkan waktu cuti persekolahan adalah waktu puncak di CIQ BSI. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kardinal lancar koleksi vape edisi Lumina kurang nikotin

JENAMA rokok elektronik atau vape, Kardinal tampil memperkenalkan koleksi terbaharu mereka iaitu Lumina. Lumina didatangkan ekslusif dalam edisi Raya Discovery Pack Untuk Lumina yang...

Lagi Artikel Berkaitan