31 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Imigresen serbu pusat hiburan sediakan ‘call girl’, 63 ditahan

Mesti Baca

JABATAN Imigresen Johor menyerbu sebuah pusat hiburan yang disyaki menyediakan gadis panggilan (call girl) di Taman Mount Austin, Johor Bahru awal pagi ini dan menahan 63 warga asing termasuk tiga majikan warga tempatan.

Pengarah Imigresen Johor, Baharuddin Tahir berkata, operasi dijalankan oleh sepasukan pegawai dari Bahagian Penguatkuasa Negeri, Imigresen Johor bermula pada pukul 12 tengah malam.

Beliau berkata, dalam serbuan tersebut, seramai 93 orang telah diperiksa dan hasilnya seramai 63 individu terdiri daripada warga asing dan warga tempatan berumur 19 tahun hingga 49 tahun telah ditahan.

“Mereka yang ditahan terdiri daripada 48 perempuan dan dua lelaki warga Vietnam, tiga wanita warga Thailand, seorang wanita dan seorang lelaki warga Indonesia, dua wanita warga China dan tiga lelaki warga Nepal.

“Kesemua mereka disyaki bekerja sebagai call girl dan juga pekerja premis itu sendiri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baharuddin berkata, pemeriksaan lanjut mendapati wanita-wanita tersebut menyalahgunakan Pas Lawatan Sosial (PLS), Pas Lawatan Keria Sementera (PLKS), Pas Isteri kepada Warganegara serta tidak memiliki sebarang pas atau permit yang sah untuk berada di Malaysia.

Advertisements

Katanya, wanita-wanita tersebut ditugaskan untuk menemani pelanggan dengan minum bersama-sama dengan mereka.

Jelas beliau, setiap minuman keras yang dipesan bersama tempahan bilik akan mendapat komisen ke atas setiap pesanan dengan tips sebanyak RM20.

“Turut ditahan seorang lelaki dan dua wanita tempatan yang disyaki sebagai penjaga premis dan penyelia aktiviti tidak bermoral tersebut.

Baharuddin berkata, kesemua yang ditahan dipercayai dengan munasabah telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c) iaitu tidak memiliki sebarang pas atau permit yang sah untuk berada di Malaysia, Seksyen 15(1)(c) iaitu tinggal lebih masa dan Peraturan 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963 aitu melanggar syarat pas yang ditetapkan.

Manakala tiga warga tempatan ditahan di bawah Seksyen 56(1)(d) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) kerana melindungi warga asing.

Kesemua tahanan warga asing dihantar ke Depot Imigresen Setia Tropika untuk siasatan dan tindakan lanjut. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

PRK Kuala Kubu Baharu masa untuk BN balas jasa PH – Zahid

PILIHAN Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu (KKB) adalah waktu untuk Barisan Nasional (BN) membalas...

Lagi Artikel Berkaitan