32.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Lebih 27,000 kandungan diturunkan sejak awal tahun – MCMC

Mesti Baca

SEBANYAK 27,115 kandungan bersifat provokatif melampau dalam media sosial dan platform Over The Top (OTT) telah diturunkan dalam tempoh dua bulan pertama tahun ini.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berkata, jumlah tersebut meningkat begitu ketara berbanding 35,490 kandungan yang diturunkan sepanjang tahun lalu.

MCMC berkata, daripada jumlah tersebut sebanyak 2,004 kandungan melibatkan ucapan berbaur kebencian dan menyentuh aspek 3R yang berpotensi mencetuskan keganasan serta diskriminasi telah diturunkan sejak Januari 2023 hingga kini.

Pada masa sama, kata suruhanjaya itu, 479 kandungan provokasi dan 3R telah diturunkan sejak 13 Mac lalu hingga kini.

“MCMC tidak akan berkompromi dan bertolak ansur dengan sebarang penyebaran kandungan provokatif yang melampau di media sosial,” katanya dalam kenyataan hari ini.

MCMC berkata, kandungan bersifat provokatif dan memudaratkan tersebut termasuk ucapan berbaur kebencian, penipuan (scam), penjualan haram, perjudian dan berita palsu.

Advertisements

“Susulan insiden melibatkan stoking yang tertera kalimah Allah, MCMC bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi mengesan dan menjejaki pemilik-pemilik akaun yang terlibat serta membawa mereka ke muka pengadilan.

“MCMC mengingatkan semua pihak untuk menghentikan hantaran provokasi dan elak daripada menulis komen-komen yang bersifat provokatif dan 3R di media sosial,” kata kenyataan tersebut hari ini.

Mengulas lanjut, MCMC berkata, kandungan sedemikian telah mengundang ancaman signifikan kepada fabrik sosial dan institusi di Malaysia.

“Sebarang perkongsian kandungan bersifat jelik dan mengancam merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998.

“Sabit kesalahan boleh didenda maksimum RM50,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya sekali,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

PRK Kuala Kubu Baharu saksikan pertembungan empat penjuru

PILIHAN Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu menyaksikan pertandingan empat penjuru antara Khairul Azhari Saut...

Lagi Artikel Berkaitan