28.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 4, 2024

Pengundi Covid-19 diminta hadir 2 jam sebelum tamat pengundian

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PENGUNDI yang positif Covid-19 pada Pilihan Raya Negeri (PRN) enam negeri diminta hadir dua jam sebelum tamat tempoh pengundian.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Muhammad Radzi Abu Hassan berkata, langkah tersebut bertujuan untuk meminimakan risiko percampuran dengan pengundi-pengundi lain.

Selain itu katanya, pengundi positif Covid-19 juga diingatkan supaya tidak menggunakan kenderaan awam dan memakai pelitup muka sepanjang masa di pusat mengundi melainkan semasa pengenalan diri yang memerlukan pelitup muka dibuka.

“Bagi memudahkan urusan pengundian, individu positif Covid-19 berumur 18 tahun dan ke atas akan menerima mesej daripada aplikasi MySejahtera bermula 10 hingga 12 Ogos. 

“Mesej tersebut akan memaklumkan mengenai keperluan pengundi Covid-19 menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) atau petugas kesihatan berdekatan pusat mengundi sebelum mereka datang ke pusat mengundi. 

“Tujuan pemakluman adalah untuk memastikan petugas kesihatan di daerah terlibat bersiap sedia dalam pengurusan pesakit Covid-19 di pusat mengundi,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

PRN di enam negari akan diadakan secara bersama Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Terengganu pada 12 Ogos ini.

Advertisements

Antara negeri yang terlibat adalah Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Kedah, Negeri Sembilan dan Selangor.

Muhammad Radzi berkata, pengundi positif Covid-19 juga dinasihatkan agar menjaga penjarakan fizikal yang selamat sepanjang masa terutamanya apabila berhadapan dengan petugas ketika pelitup muka dibuka. 

Katanya, setelah selesai mengundi, pengundi tersebut hendaklah segera meninggalkan kawasan mengundi dan meneruskan pengasingan diri sehingga tamat tempoh home surveillance order (HSO).

“Bagi mereka yang sedang menerima rawatan di hospital dibenarkan discaj dari hospital atas risiko sendiri bagi mengundi dengan syarat mematuhi prosedur yang ditetapkan. 

“Namun, pihak hospital tidak akan menyediakan kemudahan pengangkutan dan pesakit hendaklah menggunakan kenderaan sendiri untuk ke pusat mengundi. 

“Pesakit positif Covid-19 perlu meneruskan pengasingan diri sehingga tamat tempoh HSO di tempat kediaman atau tempat pengasingan yang ditetapkan sebaik sahaja selesai mengundi,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan