26.7 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 5, 2024

Rai Hari Kemerdekaan ke-66, Habib lancar wafer syiling

Mesti Baca

HABIB mengangkat keindahan barangan kemas dan kebahagiaan sebagai elemen yang istimewa dan saling melengkapi.

Meraikan Hari Kemerdekaan tahun ini, kempen Merdeka Habib mempersembahkan ‘The Gift of Happiness’, pada masa yang sama menampilkan pameran barangan kemas di ruangan legar KLCC dari 3 hingga 13 Ogos ini.

Pengerusi Eksekutif Kumpulan Habib, Datuk Seri Meer Habib berkata, mereka berpegang teguh kepada usul, untuk terus memberi komitmen yang terbaik buat pelanggan.

“Teras utama kami, ‘The Gift Of Happiness’ melambangkan identiti kami sebagai sebuah jenama buatan Malaysia dan kami mempunyai matlamat yang sungguh besar untuk merealisasikannya.

“Tujuan kami mengutamakan ‘The Gift Of Happiness’, atau Hadiah Kebahagiaan, adalah untuk berkongsi kegembiraan bersama insan yang tersayang serta merakam memori indah ketika saling berganti hadiah.

“Kami juga menggabungkan elemen kebanggaan Malaysia, diilhamkan daripada bendera Jalur Gemilang yang diabadikan pada visual kempen,” katanya.

Selain itu, sebagai penghargaan kepada warisan Malaysia yang kaya, Habib memperkenalkan koleksi terbaharu Wafer Syiling Emas 999.9 yang menampilkan pelbagai jenis rekaan kebaya tradisional dan moden, dipadankan bersama kerongsang tradisional.

Advertisements

“Kami menerapkan elemen seni budaya dan keunikan di Malaysia ke dalam koleksi ini bagi memberi pendedahan kepada umum, terutama sekali buat pelanggan yang kami hargai serta warisan negara yang disanjungi.

“Setiap rekaan Wafer Syiling Emas Edisi Kebaya kali ini menceritakan sedikit sebanyak tentang intipati identiti Malaysia, sebagai peringatan tentang komitmen yang tidak berbelah bahagi kepada pelanggan kami yang dihargai,” katanya.

Koleksi Wafer Syiling Emas 999.9 edisi Merdeka yang indah ini meraikan fesyen, warisan, dan kebanggaan negara Malaysia.

Sebagai pakaian tradisi yang menyatukan naratif budaya, koleksi ini mempamerkan stail Baju Kebaya yang ikonik dan menampilkan lima variasi rekaan Kebaya dari pelbagai asal usul.

Sempena Hari Kemerdekaan yang bakal tiba pada bulan yang penuh bersejarah ini, Habib sebagai jenama tempatan, amat berbangga dalam mengekalkan identiti dan budaya melalui sokongan terhadap artis tempatan dan kumpulan pereka dalaman yang sangat berbakat.

Koleksi menampilkan rekaan yang mengabadikan budaya dan seni tradisional Malaysia, adalah salah satu usaha untuk memberi penghargaan kepada warisan tempatan.

Bagi yang ingin menikmati tawaran dan diskaun hebat, kunjungi Pameran Barangan Kemas di KLCC dan nikmati potongan sehingga RM30 setiap gram untuk emas 916/999. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Selepas Akhyar disamun, Faisal Halim pula disimbah asid

BARU beberapa hari lepas pemain bola sepak kebangsaan, Akhyar Rashid diserang dan disamun di Kuala Terengganu, hari ini Faisal...

Lagi Artikel Berkaitan