26.1 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Perkhidmatan rel kendalian Rapid KL beroperasi 4 pagi, 31 Ogos

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEMPENA sambutan Hari Kebangsaan 2023 di Dataran Putrajaya, semua operasi rel kendalian Rapid KL akan bermula seawal 4 pagi.

Ia merangkumi tren Transit Aliran Ringan (LRT), Transit Aliran Massa (MRT) dan Monorel.

Rapid KL dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan 50 bas perantara percuma disediakan dari Stesen MRT Putrajaya Sentral ke Dataran Putrajaya yang turut akan beroperasi bermula 4 pagi.

Advertisements

“Selain itu, tiga perkhidmatan bas perantara percuma merangkumi laluan MRT Putrajaya Sentral ke Dataran Putrajaya, Kompleks Nasyrul Quran Presint 14 dan Marina Putrajaya juga disediakan.

“Bertemakan “Malaysia MADANI: Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan”, sambutan berkenaan yang bertaraf nasional dan berskala besar dijangka menerima pengunjung menjangkau 100,000 orang,”menurut kenyataan itu.

Sebelum ini, Putrajaya menjadi lokasi sambutan Hari Kebangsaan pada 2003, 2005, 2018 dan 2019. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Malaysia melangkah bergaya ke separuh akhir Piala Thomas

MALAYSIA melangkah ke separuh akhir Piala Thomas selepas membenam juara edisi 2014, Jepun 3-1 di peringkat suku akhir Pusat...

Lagi Artikel Berkaitan