28.9 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Rapid KL lanjut operasi LRT, MRT dan Monorel Sabtu ini

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

RAPID KL akan melanjutkan operasi perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT), Transit Aliran Massa (MRT) dan Monorel pada Sabtu ini sehingga pukul 1.30 pagi. 

Syarikat itu menerusi kenyataan berkata, lanjutan itu dilakukan bagi memenuhi keperluan orang ramai membuat persiapan akhir menjelang Aidilfitri minggu depan.

Antara stesen yang dilanjutkan perkhidmatannya sehingga pukul 1.30 pagi adalah LRT Laluan Kelana Jaya: Masjid Jamek dan KLCC, LRT Laluan Ampang/ Sri Petaling: Masjid Jamek dan MRT Laluan Kajang: Bukit Bintang.

Bagi Monorel pula, lanjutan operasi berkuat kuasa di laluan Bukit Bintang, Raja Chulan, Medan Tuanku dan Chow Kit.

Jadual lanjutan perkhidmatan stesen rel terpilih membabitkan LRT, MRT dan Monorel.

“Stesen-stesen sambungan turut dilanjutkan bagi membawa penumpang ke destinasi akhir. Manakala stesen- stesen lain akan menamatkan operasi seperti biasa, tetapi penumpang masih boleh keluar dari stesen berkenaan bagi meneruskan perjalanan.

“Penumpang juga diminta menggunakan kad Touch ‘N Go atau membeli token perjalanan pulang lebih awal untuk memudahkan perjalanan,” katanya hari ini.

Mengulas lanjut Rapid KL berkata, berikutan penutupan enam stesen LRT Laluan Ampang/Sri Petang, perkhidmatan bas perantara LRT 11 juga turut dilanjutkan sehingga jam 1.30 pagi.

“Ini bagi membolehkan pengguna mengakses ke stesen-stesen berkenaan.

“Warga kota disaran menggunakan pengangkutan awam pada hujung minggu ini bagi mengurangkan kesesakan lalulintas di dalam pusat bandar,” katanya. –  Edisi 9

Terkini

KKDW peruntuk RM46.6 juta untuk pembangunan di Selangor

KEMENTERIAN Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) memperuntukkan sebanyak RM46.6 juta untuk pelbagai pembangunan infrastruktur serta komuniti, kemahiran dan pembiayaan...

Lagi Artikel Berkaitan