28.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

Ambang Tahun Baharu: Waktu operasi Rapid KL dilanjutkan

Mesti Baca

PRASARANA Malaysia Berhad (Prasarana) memaklumkan perkhidmatan rangkaian rel dan bas Rapid KL akan dilanjutkan waktu operasinya bersempena sambutan Ambang Tahun Baharu 2024.

Prasarana dalam satu kenyataan berkata, ia bagi memenuhi keperluan warga ibu kota yang menghadiri sambutan itu di sekitar ibu negara.

“Lanjutan operasi ini membabitkan 12 stesen rel transit aliran ringan (LRT), transit aliran masa (MRT) dan Monorel KL.

“Ini termasuk tiga Stesen Bus Rapid Transit (BRT) dan 21 laluan bas Rapid KL dan perantara MRT.

“Stesen-stesen LRT, MRT, Monorel dan BRT akan dilanjutkan waktu operasi sehingga jam 1.30 pagi,” katanya.

Prasarana berkata, stesen-stesen LRT, MRT, Monorel dan BRT membabitkan laluan Kelana Jaya iaitu KLCC, Masjid Jamek; laluan Ampang/Sri Petaling di Masjid Jamek, Bandaraya, IOI Puchong Jaya, Maluri; Laluan Monorel di Bukit Bintang; Laluan Kajang di Bukit Bintang, TRX, Cochrane, Maluri; MRT Laluan Putrajaya di TRX; BRT Laluan Sunway di Sunway Lagoon, SunMed, SunU-Monash.

“Stesen-stesen lain akan menamatkan operasi seperti biasa namun penumpang masih boleh keluar dari stesen berkenaan bagi meneruskan perjalanan.

Advertisements

“Semua stesen pertukaran rel turut dilanjutkan operasi bagi membolehkan penumpang meneruskan perjalanan ke destinasi akhir,” katanya.

Sementara itu, Prasarana berkata, beberapa laluan bas Rapid KL yang terpilih juga akan melanjutkan waktu perkhidmatan hingga jam 1.30 pagi.

Prasarana turut menyarankan penumpang menggunakan kad Touch n Go bagi menikmati perjalanan yang lebih lancar dan mengelakkan kesesakan ketika masuk dan keluar stesen atau ketika menaiki bas.

“Bagi pengguna token, anda digalakkan untuk membeli token pergi dan balik sebelum keluar dari stesen.

“Rapid KL akan menambah bilangan anggota dan kakitangan operasi bagi menyokong keperluan operasi dan membantu melancarkan perjalanan anda.

“Bagi keselesaan pengguna, kekerapan tren bagi semua perkhidmatan LRT, MRT dan Monorel akan ditambah bermula jam 1 petang pada hari terbabit sehingga tamat waktu operasi,” katanya.

Rapid KL turut menyarankan warga kota untuk menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam pada hari berkenaan bagi mengelak dari terperangkap di dalam kesesakan lalu lintas terutamanya berdekatan kawasan-kawasan yang akan menganjurkan acara sempena tahun baharu. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

Mahkamah Tinggi kekal sabitan, hukuman terhadap Siti Bainun

MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman ke atas Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali...

Lagi Artikel Berkaitan