32.7 C
Kuala Lumpur
Monday, March 27, 2023

Landasan bengkok punca kelewatan LRT laluan Ampang

Jurutera Rapid Rail bersama pakar struktur sedang berada di lokasi terbabit bagi memastikan keselamatan dan kekukuhan.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PERKHIDMATAN transit aliran ringan (LRT) Laluan Ampang mengalami kelewatan disebabkan penjajaran landasan yang bengkok berhampiran stesen LRT Bandaraya.

Rapid KL dalam satu kenyataan berkata, pemerhatian awal menunjukkan ini adalah disebabkan oleh kerosakan struktur jejambat di kawasan berkenaan dipercayai akibat daripada kerja-kerja pembinaan bersebelahan dengan kawasan itu.

“Jurutera Rapid Rail sedang berada di kawasan terbabit bagi menilai keadaan bersama-sama dengan pakar struktur bagi memastikan keselamatan dan kekukuhan.

“Atas faktor keselamatan, pihak Rapid Rail membuat keputusan untuk menutup laluan di antara Stesen Masjid Jamek dan Stesen Bandaraya sehingga kekukuhan dan keselamatan dapat dipastikan.

“Perkhidmatan LRT Ampang akan dijalankan dengan kelajuan yang berkurangan dan ini akan menyebabkan kelewatan perkhidmatan selama 9 minit di dalam Daerah Pusat Perniagaan dan 18 minit di luar Daerah Pusat Perniagaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Baca juga:   2 set tren sulung KLAV27 mula operasi hari ini

Rapid KL berkata, tren-tren dari Putra Heights akan berpatah balik di Plaza Rakyat, tren-ren dari Sentul Timur akan berpatah balik di Stesen Bandaraya manakala perkhidmatan ‘shuttle’ atau ulang-alik diantara stesen Plaza Rakyat dan Masjid Jamek.

“Perkhidmatan bas alternatif telah diaktifkan bagi menampung penumpang-penumpang seperti di Stesen Bandaraya ke Plaza Rakyat, Stesen Plaza Rakyat ke Stesen, Stesen Sentul Timur ke Stesen dan Stesen Bandaraya ke Sentul Timur.

“Anggota Polis Bantuan juga telah dikerah ke stesen-stesen utama bagi mengawal kesesakan,” katanya.

Baca juga:   Arsenal bangkit ikat Sporting Lisbon

Atas kelewatan dan kesulitan tersebut, Rapid Rail memohon maaf kepada para penumpang.-Edisi 9

Wartawan

Terkini

Guan Eng saman fitnah Muhyiddin, isu cukai Yayasan Albukhary

Pengerusi DAP, Lim Guang memfailkan saman terhadap bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung dakwaan beliau dikaitkan membatal...

Lagi Artikel Berkaitan