30.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Pegawai Pergigian, Farmasi kontrak boleh mohon jawatan tetap

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PEGAWAI Pergigian dan Pegawai Farmasi lantikan kontrak bagi tahun 2016 dan 2017 boleh memohon jawatan tetap di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mulai 30 Januari hingga 12 Februari ini.

Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa berkata, permohonan itu boleh dibuat melalui Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (Sistem SPA9) mulai 30 Januari 2023 hingga 12 Februari 2023.

Menurut beliau, proses itu susulan urusan pengambilan jawatan tetap Pegawai Pergigian dan Pegawai Farmasi lantikan tahun 2018 hingga 2020 yang telah dibuka menerusi Sistem SPA9 dari 6 Januari hingga 21 Januari lalu.

“Seramai 242 Pegawai Pergigian dan 321 Pegawai Farmasi lantikan kontrak tahun 2016 dan 2017 layak memohon jawatan tetap yang ditawarkan.

“Pegawai lantikan kontrak yang berkenaan disarankan melayari portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam untuk berdaftar atau mengemas kini maklumat permohonan dalam sistem SPA9,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu beliau menegaskan KKM berharap Pegawai Pergigian dan Pegawai Farmasi lantikan kontrak tahun 2016 dan 2017 dapat membuat persediaan sewajarnya bagi urusan pengambilan tersebut.

Terdahulu, Dr Zaliha dalam hantaran di Facebook rasmi beliau menegaskan pada tahun ini, KKM berjaya menambah jumlah penempatan (penjawatan).

“Sebanyak 4,914 kekosongan jawatan tetap akan ditawarkan, terdiri daripada 4,263 jawatan bagi Pegawai Perubatan, 335 bagi jawatan Pegawai Pergigian dan 316 pula bagi jawatan Pegawai Farmasi.

-EDISI9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan