27.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

Pestabola Merdeka: Operasi Stesen LRT Bukit Jalil dilanjutkan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

WAKTU operasi Sistem Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Ampang/Sri Petaling di Stesen LRT Bukit Jalil akan dilanjutkan sehingga jam 12.30 tengah malam, Jumaat ini bersempena perlawanan Pestabola Merdeka 2023.

Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) menerusi kenyataan, berkata, pelanjutan waktu operasi tersebut adalah bagi menyemarakkan lagi semangat sokongan kepada pasukan Harimau Malaya dalam perlawanan Pesta Bola Merdeka 2023 yang bakal berlangsung pada Jumaat ini.

Sehubungan itu, kenyataan itu berkata, waktu operasi bagi stesen-stesen integrasi juga akan dilanjutkan, manakala stesen-stesen lain akan menamatkan operasi seperti biasa.

Katanya, penumpang boleh keluar di stesen-stesen tersebut bagi meneruskan perjalanan ke destinasi akhir.

Advertisements

“Rapid KL menasihatkan agar para penyokong menggunakan kad Touch ‘n Go (TnG) dan memastikan baki pada kad adalah mencukupi atau membeli token perjalanan pulang lebih awal bagi kelancaran perjalanan pergi dan balik.

“Penyokong disaran agar menggunakan fasiliti Park N Ride di stesen-stesen rel terpilih bagi memudahkan perjalanan tanpa perlu menempuh kesesakan trafik serta kesulitan dalam mencari parkir di kawasan stadium. Sila gunakan kad TnG yang sama bagi mendapatkan kadar rata bagi bayaran parkir,”menurut kenyataan itu lagi.

Rapid Rail berkata, inisiatif lanjutan perkhidmatan tersebut adalah sebagai tanda sokongan Rapid KL terhadap pasukan negara serta para penyokong Harimau Malaya dalam memastikan kemudahan pengangkutan awam tersedia bagi mengurangkan kesesakan kenderaan di sekitar kawasan stadium pada hari perlawanan nanti.

Sila layari Twitter dan Facebook MyRapidKL atau layari laman web www.myrapid.com.my untuk maklumat lebih lanjut. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Mahkamah lulus permohonan bekas kakitangan Utusan Melayu

SELEPAS hampir lima tahun tiada sebarang berita mengembirakan buat bekas kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang ditamatkan perkhidmatan selepas...

Lagi Artikel Berkaitan