26.6 C
Kuala Lumpur
Monday, December 2, 2024

Gerabak khas LRT, Monorel dan MRT tidak praktikal

Sistem LRT, Monorel dan MRT mempunyai bilangan gerabak yang sedikit antara dua hingga empat gerabak sahaja.

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

TIADA keperluan bagi pengangkutan Transit Aliran Ringan (LRT), Monorel dan Transit Aliran Massa (MRT) menyediakan gerabak khas untuk golongan wanita, kanak-kanak mahupun orang kurang upaya (OKU).

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, gerabak khas wanita dalam perkhidmatan itu belum dilaksanakan bagi mengoptimumkan penggunaan ruang di dalam tren-tren yang beroperasi.

Katanya, penggunaan ruang yang cekap dapat membawa lebih ramai penumpang terutama ketika waktu puncak.

“Selain itu, sistem LRT, Monorel dan MRT mempunyai bilangan gerabak yang sedikit antara dua hingga empat gerabak sahaja.

“Adalah tidak praktikal sekiranya satu gerabak disediakan khas untuk mana-mana golongan memandangkan kekerapan perkhidmatan yang tinggi lima minit pada waktu puncak dan boleh menyebabkan kesesakan dalam gerabak khas tersebut,” katanya hari ini.

Advertisements

Beliau menjawab pertanyaan lisan Datuk Seri Wan Aziziah Wan Ismail (PH-Bandar Tun Razak) bila akan diperkenalkan gerabak khas wanita dalam LRT, MRT dan Monorel.

Mengulas lanjut, Anthony Loke berkata, hal tersebut berbeza dengan tren antara bandar seperti KTM Komuter yang mempunyai enam gerabak dan membolehkan pihak Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) mengkhaskan gerabak khusus untuk kaum wanita.

“Kementeriannya prihatin berkenaan keselamatan dan keselesaan penumpang khususnya wanita yang menggunakan perkhidmatan tren bandar.

Ujar beliau, walaupun pada masa ini tiada gerabak yang dikhaskan untuk golongan tersebut, namun pegawai bertugas dan Polis Bantuan Prasarana sentiasa bersedia demi memastikan tren adalah selamat dan selesa,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

PAPTI rangka pelbagai program sambut jubli emas tahun depan

PERSATUAN Alumni Pendidikan Tinggi Indonesia (PAPTI) merangka pelbagai program  bagi menyambut Ulang Tahun Jubli Emas Ke-50 penubuhannya tahun depan. Presiden...

Lagi Artikel Berkaitan