27.5 C
Kuala Lumpur
Wednesday, November 13, 2024

Satu penghinaan bagi negara bercakap mengenai hak Israel

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

ADALAH suatu penghinaan apabila sesetengah negara bercakap mengenai hak Israel untuk mempertahankan diri.

Bekas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, tiada satu pun perkataan keluar mengenai rakyat Palestin ketika merekalah yang terus disembelih dan merekalah yang dijajah lebih 50 tahun.

“Hakikat kebenarannya, rakyat Palestin adalah mangsa di sini.

“Tiada orang lain lebih derita dibanding dengan rakyat Palestin akibat tindakan kurang ajar Israel,” katanya menerusi satu hantaran video di Facebook, semalam.

Mengulas lanjut, Hishammuddin yang juga bekas Naib Presiden UMNO, berkata, setakat ini semakin banyak rumah dirobohkan, semakin banyak kematian berlaku dan dan semakin banyak penderitaan menimpa rakyat Palestin.

Advertisements

Katanya, situasi yang berlaku kini amat melampau dan ia bukan sahaja penghinaan terhadap umat Islam di seluruh dunia tetapi juga menghina nilai kemanusiaan.

“Kita mesti jelas, apa yang berlaku tidak lain tidak bukan merupakan satu jenayah terhadap kemanusiaan.

“Kita mesti terus berusaha demi kebebasan, kemerdekaan dan keadilan buat saudara mara kita yang ditindas di Palestin.

“Semoga Allah SWT memberkati usaha kita dan semoga kebebasan dan keamanan menjadi milik saudara mara kita di Palestin, Insya-Allah,” katanya.

Ahad lalu, pesawat tempur Israel melancarkan serangan udara baharu di Semenanjung Gaza, di tengah-tengah ketegangan yang semakin meningkat berikutan serangan mengejut Hamas ke bandar Israel, lapor Agensi Anadolu (AA). – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Antara T15 dan si mahakaya: Siapa hilang kelayakan subsidi?

Oleh DR MUHAMMAD ASHRAF KHALID BARU-BARU ini rancak perbincangan ‘T15-Mahakaya’ sejak ucapan Belanjawan 2025 dibacakan oleh Perdana Menteri merangkap Menteri...

Lagi Artikel Berkaitan