28.7 C
Kuala Lumpur
Friday, December 13, 2024

Palestin: Kesepakatan harus diambil pemimpin dunia Islam

PM bertemu Setiausaha Agung Liga Muslim Sedunia

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KESEPAKATAN harus diambil pemimpin dunia Islam dan rangkaian ulama sedunia dalam memperjuangkan isu rakyat Palestin dan kekejaman Israel.

Perkara iitu diutarakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pertemuan dengan Setiausaha Agung Liga Muslim Sedunia, Sheikh Dr Mohammad Abdul Karim Al-Issa malam tadi.

Dalam perbincangan kira-kira sejam itu, Anwar dan Sheikh Dr Muhammad menyentuh isu semasa perang Israel-Palestin.

Kedua-dua pemimpin berkenaan menekankan soal kesepakatan yang harus diambil pemimpin dunia Islam dan rangkaian ulama sedunia dalam memperjuangkan isu rakyat Palestin dan kekejaman Israel.

“Dalam masa sama kami turut berbincang berkaitan isu dakwah dan pendidikan Islam bersempena Muzakarah Ulama Antarabangsa yang akan dianjurkan di Malaysia kelak,”katanya dalam kenyataan ringkas dikeluarkan selepas pertemuan yang berlangsung di pejabat liga berkenaan di sini.

Liga Muslim Sedunia atau juga dikenali sebagai Rabitah Alam Islami adalah pertubuhan Islam yang berpengaruh, yang berpangkalan di Makkah.

Advertisements

Pertubuhan berkenaan yang diasaskan oleh Raja Faisal bin Abd al-Aziz Al Saʿud in pada 1966 adalah dibiayai kerajaan Arab Saudi.

Perdana Menteri kini dalam lawatan kerja dua hari bagi menghadiri Sidang Kemuncak Pertama ASEAN-Majlis Kerjasama Teluk (GCC), di sini yang berakhir semalam.

Pada tengah hari ini, Anwar dijadual menghadap Putera Mahkota Mohammed bin Salman, juga dijangka antara lain membincangkan konflik Israel-Palestin serta hubungan dua hala Malaysia-Arab Saudi.

Beliau dijadual berlepas ke Istanbul lewat petang ini untuk bertemu Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan bagi berbincang lanjut isu Palestin dan Gaza.

Perdana Menteri kemudian dijadual ke Kaherah pula untuk berjumpa Presiden Mesir, Abdel Fattah El-Sisi.

Pertemuan dengan El-Sisi bertujuan membincangkan mengenai pembukaan laluan sempadan Rafah bagi memudahkan penyaluran bantuan makanan, minuman dan perubatan ke Palestin.-Edisi 9

Advertisements

Terkini

YKM belanja RM5 juta bantu anak yatim akibat COVID-19

YAYASAN Keluarga Malaysia (YKM) telah membelanjakan sebanyak RM5 juta pada tahun ini bagi membantu meringankan beban dihadapi anak-anak yatim...

Lagi Artikel Berkaitan