27 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 19, 2024

Irmohizam dinobat CEO Champion (SME)

Mesti Baca

PENGARAH Urusan Kumpulan World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL), Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim dinobatkan sebagai CEO Champion (SME) dalam majlis sempena Life at Work Awards (LAWA) 2023, yang diadakan baru-baru ini.

Majlis anjuran Talent Corporation Malaysia Berhad (TalentCorp) dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu diberikan bagi mengiktiraf kepimpinan luar biasa dan komitmen beliau dalam mempromosikan kepelbagaian, ekuiti serta rangkuman di tempat kerja.

Irmohizam berkata, beliau berbesar hati menerima anugerah berprestij itu yang menekankan kepentingan mewujudkan persekitaran kerja inklusif dan memperkasa tenaga kerja.

“Pengiktirafan ini adalah bukti komitmen kami yang tidak berbelah-bahagi di WTCKL untuk mengutamakan warga kerja dan memupuk budaya kepelbagaian serta keterangkuman.

“Saya komited untuk meneruskan usaha kami dalam memacu perubahan positif dan menyokong kemajuan kepelbagaian, ekuiti dan keterangkuman di tempat kerja serta di mana sahaja,” katanya dalam satu kenyataan.

Terdahulu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan WTCKL, Mohd Yusri Junos mewakilinya menerima anugerah berkenaan yang disampaikan Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar berikutan beliau menghadiri mesyuarat dan forum Lembaga Pengarah WorldTrade Centers Association (WTCA) di New York, Amerika Syarikat.

Advertisements

Pencapaian cemerlang Irmohizam menjadi bukti kepada gaya kepimpinan yang unik, bercirikan komitmen mendalam terhadap sifat pembawaan beliau iaitu seorang pemimpin yang berkhidmat dan mengutamakan kesejahteraan serta pertumbuhan pekerja.

Pendekatan berwawasan beliau menyumbang dalam mewujudkan persekitaran kerja yang kondusif dan memperkasakan tenaga kerja, memupuk suasana pertumbuhan serta keterangkuman di Malaysia.

Sumbangan beliau melangkaui peringkat nasional apabila terbabit dalam pelbagai organisasi antarabangsa.

Irmohizam menerima penghormatan sebagai rakyat Malaysia pertama dipilih menganggotai Lembaga Pengarah WTCA, bukti pengiktirafan dan pengaruhnya dalam industri.

Selain itu, jawatannya sebagai Pengerusi Konvensyen dan Pameran Majlis Anggota Penasihat (MAC) WTCA menggariskan kepakaran mendalam dan sumbangan meluas dalam industri Acara Perniagaan. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

70,000 penduduk luar bandar nikmati elektrik biogas Felcra

KIRA-KIRA 70,000 penduduk luar bandar atau 14,000 rumah bakal menikmati bekalan elektrik yang stabil dan mencukupi menerusi janakuasa yang...

Lagi Artikel Berkaitan