27.2 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 5, 2024

Ahmad Said dilantik Pengarah Jentera BN PRK Kemaman

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PENGERUSI Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said dilantik sebagai Pengarah Jentera Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, keputusan itu dicapai dalam Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang dipengerusikan Pengerusi UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, malam tadi.

“Bagaimanapun, nama calon yang bakal mewakili BN akan diumumkan kemudian, katanya dalam sidang media selepas mesyuarat berkenaan di Menara Dato Onn, Kuala Lumpur.

Hari pengundian bagi PRK Parlimen Kemaman ditetapkan pada 2 Disember ini sementara hari penamaan calon dan hari mengundi awal masing-masing ditetapkan pada 18 dan 28 November ini.

Sementara itu, Asyraf Wajdi berkata, UMNO menyanjung tinggi komitmen Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Kerajaan Perpaduan untuk menganjurkan Kongres Ekonomi Bumiputera pada Januari depan.

Advertisements

Menurut beliau, ini sekaligus membuktikan keseriusan kerajaan untuk terus memperkasakan lagi agenda ekonomi Melayu-Bumiputera.

“UMNO juga merakamkan penghargaan kepada Anwar atas kepercayaan dan keyakinan memberikan amanah besar kepada timbalannya yang juga Presiden UMNO untuk mempengerusikan Kongres Ekonomi Bumiputera.

“Kongres ini merupakan cetusan awal UMNO pada 1965 yang bukan sahaja telah menggagaskan pelbagai strategi dan inisiatif menggerakkan agenda Melayu-Bumiputera bahkan melahirkan pelbagai institusi bermakna buat orang Melayu-Bumiputera.

“Bagi mendokong penganjurannya, mesyuarat bersetuju melantik Datuk Seri Johari Abdul Ghani yang juga Pengerusi Majlis Pembangunan Ekonomi, Pelaburan dan Kewangan UMNO untuk menganjurkan Kolokium Pra-Kongres Ekonomi Bumiputera.

“Segala dapatan, maklum balas dan sumbang saran yang diperolehi melalui kolokium ini akan diangkat kepada Kongres Ekonomi Bumiputera yang bakal dianjurkan kelak,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Selepas Akhyar disamun, Faisal Halim pula disimbah asid

BARU beberapa hari lepas pemain bola sepak kebangsaan, Akhyar Rashid diserang dan disamun di Kuala Terengganu, hari ini Faisal...

Lagi Artikel Berkaitan