30.7 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 5, 2024

Warga asing antara ditahan curi motosikal di Simpang Renggam

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

SEORANG lelaki tempatan dan dua warga asing disyaki terlibat dalam kegiatan mencuri motosikal di Simpang Renggam ditahan di tiga lokasi berasingan, kelmarin.

Ketua Polis Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kluang, Bahrin Mohd. Noh berkata, tangkapan antara pukul 12.50 pagi hingga 1.50 pagi itu dilakukan di tepi jalan besar Batu 7 dan ladang Southern Malay, Simpang Renggam.

Beliau berkata, pihaknya menerima satu laporan berhubung kehilangan motosikal di depan kedai di Batu 45 sekitar pukul 2.30 petang, 27 September lalu.

“Suspek merupakan lelaki tempatan dan dua warga asing berusia antara 34 hingga 48 tahun.

“Semakan rekod jenayah lampau mendapati suspek pertama mempunyai satu rekod bersabit kes jenayah dan dua rekod bersabit kes narkotik, manakala suspek kedua dan ketiga tiada rekod,” katanya menerusi kenyataan malam tadi.

Advertisements

Bahrin berkata, saringan ujian air kencing ketiga-tiga suspek didapati negatif dadah.

Katanya, kesemua suspek telah dibenarkan reman selama tiga hari bagi membantu siasatan bermula 19 Oktober lalu.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan. Jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara selama tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh menghubungi mana-mana balai polis berhampiran atau IPD Kluang,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan