PERSEORANGAN lelaki negara, Lee Zii Jia dan pasangan beregu lelaki, Aaron Chia-Soh Wooi Yik meneruskan kemaraan ke peringkat separuh akhir kejohanan badminton Terbuka Denmark 2023 di Odense, Denmark.
Zii Jia yang berada di ranking ke-11 dunia tidak berdepan masalah mengatasi cabaran pemain Jepun, Kenta Nishimoto dalam dua set 21-18, 21-18 dalam tempoh 51 minit.
Pada aksi di separuh akhir hari ini, wakil negara itu bakal turun menentang pemain perseorangan Hong Kong, Lee Chiuk Yu.
Chiuk Yu yang berada di ranking ke-18 dunia sebelum itu mencipta kejutan dengan menewaskan wakil Singapura, Loh Kean Yew dalam dua set, 21-11, 21-19.
Sementara itu, Aaron-Wooi Yoi dipaksa bekerja keras sebelum menang dalam pertarungan rubber set, 24-22, 18-21, 21-12, ke atas pasangan beregu dari China, He Ji Ting-Ren Xiang Yu dalam masa satu jam empat minit.
Menanti di separuh akhir adalah pasangan ranking nombor enam dunia dari Denmark, Anders Skaarup Rasmussen-Kim Astrup.
Terdahulu, Rasmussen-Astrup mara ke separuh akhir selepas menewaskan satu lagi pasangan negara, Teo Ee Yi-Ong Yew Sin, 21-19, 11-21, 21-14 dalam tempoh 56 minit. – Edisi 9