AGENSI Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia)menahan sebuah bot nelayan tempatan jenis pukat tunda di Tanjung Cincin semalam kerana disyaki menggaji kru warga asing.
Pengarah Maritim Negeri Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Romli Mustafa berkata, bot tersebut ditahan ketika sedang menangkap ikan ikan di kedudukan sekitar 8.5 batu nautika dari Barat Tanjung Cincin.
Menurut beliau, pemeriksaan yang dilakukan mendapati, bot nelayan tersebut dikendalikan oleh seorang tekong bersama empat kru.
“Bot nelayan itu dikesan sedang melakukan aktiviti menangkap ikan ketika anggota penguat kuasa dalam rondaan rutin Op Aman dan Op Tiris.
“Kesemua mereka adalah warga Thailand dalam lingkungan umur antara 30 hingga 53 tahun,” katanya menerusi kenyataan malam tadi.
Beliau berkata, bot dan kesemua kru ditahan serta dibawa ke Jeti Maritim Malaysia Bukit Malut untuk siasatan lanjut.
“Ke disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 kerana menggajikan warga asing tanpa kebenaran Pengarah Perikanan Malaysia dan Akta Imigresen 1959/63 iaitu tekong dan kru tidak memiliki permit lawatan kerja sementara,” katanya. – Edisi 9